Sabtu, Disember 27, 2008

Rakyat Negeri Atas Angin Di serang Jebon Mendeliar



Selepas kecoh satu negeri kisah Puteri wawa mengkhianati kepercayaan rakyat negeri atas angin, Tuanku raja yang bernama Al- Jebon Mandeliar itu telah mengarahkan para panglimanya seperti Laksamana Kotak, Laksamana Nur Siang, Laksamana Tulkifly, Laksamana Zumoth dan Laksamana Sulhar pergi menyerang semua rakyat jelata yang tidak berpuas hati dengannya.
Maka telah berkatalah Laksamana Tulkiply kepada rakyat negeri atas angin:
Tulkifly: Aikk kata nak perang dengan Jebon... insyaAllah Jebon sentiasa bersedia, kumpulkan semua rakan kamu di lembah kuning.. kita bersua di mahkamah, jika tidak mau di mahkamah dunia, kita bersua di mahkamah Allah, kita bermubahalah untuk meminta Allah buktikan siapa yang benar siapa yang salah.
Pengawal: Allah Maha Adil dan hukumannya tetap adil juga.
Tulkiply : Cukup dengan segala penghinaan, cacian, fitnah yang dilemparkan selama ini oleh kamu-kamu yang bergelar apprentice. Telah menjadi dasar kamu semua tidak tahu berterima kasih. "Andaikata kamu semua pergi (berpaling tadah) Allah akan menggantikan kamu dengan kumpulan yang lain, kemudian mereka tidak akan berkelakuan seperti kamu semua." (Muhammad: 38)
Pengawal : Stop Laksamana,apa yang laksamana cakap ni, hamba tak paham. Laksamana tersilap masuk kelas ke nak bagi kuliah? hamba semua rakyat jelata ni pening apa yang diucapkan Laksamana.
Rakyat 1: Kalau pun Laksamana ada buat kebaikkan tak yah la beritau, nanti sisa-sia pahala amalan tue..hamba ni tak pandai la nak keluarkan ayat hadis cam laksamana, tapi rasanya ada kat dalam kitab kata tak elok kita bangkitkan apa yang kita telah buat.
Tulkiply : Demikianlah..hukuman Allah pasti berjalan.. segala penghinaan dan cacianmu terhadap Laksamana akan tetap terpahat dan tidak Laksamana ampun sampai akhirat jika kalian tidak meminta maaf. malah semakin galak pula skrg ini, walaupun dah ditunjukkan salahnya, jika demikian semuga kalian bahagia dan memperolehi suami berperangai seperti idola kalian, Si Bendahara. "saya tetap sokong Bendahara". Itu pengakuan seorang yang mengaku dirinya murabbi!

Pengawal: Apa yang laksamana cakap pasal kahwin nie? hamba ni kursus kahwin pun tak pergi lagi. Lagi satu Laksamana tak baik berdendam dengan orang ni, sedangkan Nabi pun ampunkan umat, inikan kita makhluk ciptaan Tuhan. Yang sudah sudah la, buat apa nak bangkitkan...rasanya Laksamana gian nak bagi kuliah nie...
Laksamana Kotak: Nampaknya kalian telah berjaya menggunakan Lambah kuning untuk menarik keluar hampir kesemua rakyat Tuanku. Tahniah Laksamana ucapkan. Laksamana akan segera meninta Tuanku akan segera menamatkan pemerintahan Negeri Di atas Angin dan akan mengistiharkan pembubarannya serta pengumuman pengambil-alihan Lembah kuning di bawah kelolaan kalian untuk menjalankan aktiviti semasa. Memang tidak diduga sekali fitnah-fitnah hebat rupa-rupanyanya telah dilemparkan kepada Tuanku selama ini di belakang Tuanku. Apa-apa pun selamat berjaya dengan tindakan kalian. Mohon maaf di atas segala kelemahan yang ada sehingga kalian bertindak bersekongkol sama dengan mereka yang menabur fitnah dan membentuk sebuah negeri baru.
Rakyat 1: Apa pula laksamana Kotak tengah cakap nie..rugi dalam bisnes ke..kata ari tu nak buka kedai buku baru..tak balik modal ke..kalau hasil jualan kita tak berjaya dan gagal menarik orang berkunjung ke kedai, jangan salahkan orang lain. Kena cari kelemahan dalam diri kita Laksamana... Dalam dunia tanpa sempadan, persaingan adalah biasa, hamba rasa Laksamana patut belajar marketing selepas ini baru buka kedai buku.

Bermula dari sini, maka gegak gempita lah lembah karpet kuning dengan serangan bertali arus dari panglima-panglima Jebon Mendeliar. Dengan kelengkapan perang yang ketinggalan adakalanya rakyat di lembah kuning terpaksa bertahan dengan amukkan panglima Lima bersaudara tersebut...dikatakan perang itu berlarutan selama beberapa bulan.

(cerita ini adalah rekaan semata-mata dan hanya imaginasi penulis sahaja, tidak melibatkan sesiapa baik yang hidup atau yang mati)


"> ">

0 ulasan: