Maka tersebut al-kisah ceritera di negeri atas angin, sesudah pengawal istana di buang negeri daripada Raja yang ego...
Puteri Lindungan Bulan yang katanya ada nama manja iaitu Puteri Wawa telah pergi mendapatkan pengawal di negeri lain beberapa hari sesudah Raya Korban pada tahun tersebut.
Puteri : Wahai Pengawal kenapa pengawal sudah tidak datang lagi ke negeri Atas angin, sesudah ada negeri baru.
Pengawal : Ampun puteri, hamba memang tak mahu pergi lagi ke negeri Atas angin, sesudah apa yang Tuanku buat kepada hamba dan rakyat jelata lain, hamba tidak sanggup berketuakan seorang yang suka menjaja Hadis dan ayat Al Quran, tapi tidak mendalami dan mengikuti arahan yang disarankan oleh Al-Quran.
Puteri : Duhai Pengawal puteri ingin memohon pengawal agar menceritakan perilaku sebenar perihal Tuanku Ayahnda, dan kenapa sikap pengawal sedemikian rupa?
Pengawal : Kenapa puteri bercakap demikian wahai Puteri, tidak takutkah Puteri akan ayahanda angkat Tuanku?
Puteri: Puteri tengah kebingungan sekarang, mana yang benar adakah Ayahnda Tuanku atau Datuk Bendahara Perdana Menteri yang hipokrit.
Pengawal : Apa maksud Puteri dan apa kaitan dengan Datuk Bendahara Perdana Menteri yang telah dibuang negeri itu.
Puteri : Saya tidak percayakan Datuk bendahara, dia sesunguhnya lebih hipokrit.
Pengawal: Saya rasa Ayanhanda Puteri lagi hipokrit berbanding Datuk Bendahara.
Puteri : Entahlah, puteri tengah kebingungan.
Pengawal: Sekiranya puteri bingung kenapa tak dapatkan active 5 tentu lega bila ambik.
Puteri: Pengawal tahu tak, Tuanku maklumkan dekat Puteri dia masih bujang dan tinggal dengan Bonda di Istananya.
Pengawal : Ooo ye ke, Puteri tak tau ke dia dah berkahwin? ish! Puteri nie seluruh rakyat dikhabarkan isterinya berada di Luar negara, menyambung pengajian. Tetapi yang hamba tau isterinya tinggal bersama.
Puteri : Itulah yang Puteri bingung sekarang ini, kalau boleh pengawal tolong memberitau perihal sebenar kisah Tuanku ini, takut Puteri tertipu dengannya.
Pengawal: Maaf Puteri hamba ini orang kebanyakkan, tak suka ambik tau pasal orang lain, dan tidak suka mengaibkan orang.
Puteri : Tolonglah beritahu Puteri , Puteri takut tertipu sekarang ini...
Pengawal: Hamba susah nak percaya dekat orang, untuk makluman Puteri hamba pun tidak percaya sebenarnya tapi bila hamba meneliti maklumat yang hamba perolehi hamba mengambil keputusan berhati-hati dengan Tuanku, hamba buat pemerhatian dan rumusan sendiri. Emm puteri ! hamba boleh ceritakan tetapi Puteri kena janji dengan hamba tolong rahsiakan dan Puteri boleh buat analisis sendiri nanti. Kalau tidak lerana permintaan Puteri yang mendesak hamba, hamba tidak akan memberitahu.
Puteri : Hamba berjanji, terima kasih kerana percayakan Puteri.
Selepas mencapai persetujuan untuk menjaga rahsia, pengawal pun menceritakan kisah Ayahnda angkat Puteri Lindungan Bulan. Pada masa itu pengawal sedikit pun tidak mengetahui niat sebenar Puteri mendapatkan maklumat tersebut, kerana Pengawal bersangka baik dengan puteri. Tetapi hakikatnya Pengawal seoalah-olah telah membawa bom ke dalam rumahnya sendiri yang dikhuatiri boleh meledak pada bila-bila masa.
Ikuti sambungan pada siri akan datang...
(kisah ini adalah rekaan penulis semata-mata, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang mati, hanya untuk seloka dan imaginasi sahaja)
0 ulasan:
Catat Ulasan