Sabtu, Mei 16, 2009

Cikgu selamat hari Guru`


"kalau tak kerana guru, aku tidak mungkin seperti ini, kalau tidak kerana guru aku mungkin tidak berjaya seperti hari ini,kalau tidak kerana guru aku tidak mungkin menjadi insan berguna...."

Itulah antara ayat-ayat yang biasa dilontarkan untuk menghargai jasa dan peranan guru, bermula hari ini dan seterusnya para guru akan diraikan oleh pelbagai pihak, acara sambutan yang streotype akan terus dipersembahkan kepada guru. Hari ini profesion guru bukan lagi dipandang rendah, berpuluh ribu akan cuba mengisi jawatan tersebut, minat no 2 janji dapat jawatan tetap dan berpencen.

Namun ada juga guru yang benar-benar komited pada tugas yang diberi sehingga sanggup mengorbankan banyak perkara demi tugas yang diamanahkan. Masih ingat lagi saat berjumpa dengan seorang kenalan guru dari Tanah Merah Kelantan disebuah sebuah pulau berhampiran Semporna Sabah. Ceritanya sungguh mengujakan, namun disebalik itu guru tersebut seronok dengan tugas yang beliau lakukan walaupun terpaksa berkorban.

Namun akhir-akhir ini satu perkara yang kadang-kadang membuatkan saya pelik dengan sikap guru2 ini, perihal kebajikan seringkali dibangkitan, gaji tak cukup, komplen sana sini dan sebagainya. Seingat saya sudah banyak kemudahan yang diberikan kepada guru tetapi kenapa isu ini masih belum selesai, adakah guru kini terlampau bermata duitan? atau sudah terasa selesa sangat dengan jawatan tersebut. Nak dibandingkan dulu elaun guru berapalah sangat, kalau pelatih perguruan lepasan SPM rasanya tidak sampai seribu kalau ada STPM sekitar RM 1200.OO.
Namun kerjaya guru kini cukup lumayan,elaun sana sini- tapi masalahnya soal kenaikkan pangkat dan gaji seringkali berkumandang seolah guru-zaman dahulu tidak makan nasi. Itulah beza guru dahulu dan sekarang.
Guru dahulu begitu komited dengan tugas mereka, sebab itu barangkali mereka dapat melahirkan generasi yang tuntas dan cemerlang, berbeda dengan segelintir dengan guru yang ada pada hari ini.
Kebelakangan ini ramai guru telah membuat dua kerja samada menjadi ejen MLM, berniaga sambilan, menjadi guru tuisyen, membuka kedai dan sebagainya sehingga mengabaikan tugas hakiki. Waktu kerja yang tidak sama dengan penjawat jawatan lain memberikan peluang kepada guru untuk melakukan dwi kerja ini.

Tindakan segelintir kelompok guru ini sebenarnya sedikit sebanyak mencemarkan imej perguruan. Ini tidak termasuk dengan tindakan beberapa guru yang melakukan perkara tidak bermoral dilakukan oleh seorang guru seperti jenayah dan merosakkan kepercayaan ibu bapa kepada mereka.

Apa pun kepada guru yang berjuang bermati-matian menempatkan profesion keguruan ditempat paling baik dimata masyarakat, saya ingin mengucapkan "selamat hari guru kepada Cikgu" semoga pengorbanan anda dibalas dengan sentuhan kejayaan.


Sabtu, Mei 09, 2009

Ibu kasihmu tiada galang ganti....


Pagi tadi entah camner sambil rehat2 buka Tv 2 ada cite Melayu, tajuknya tak pasti sambil baca paper, folow sikit2 cite tu...last cite baru paham motif cite tu, pasal pengorbanan seorang ibu dan isteri rupanya... tangkap leleh sikit endingnya hu hu hu...

kekadang terfikir gak pengorbanan seorang ibu ni sungguh besar, sayangnya pada anak dan suami ni sampai sanggup nyawa digalang ganti, tak sabar nak peluk je ibu bila tengok cite tu...


kemudian terjumpa artikel ni yang ditulis oleh Noraini abdul Razak, makin sayu jiwa lak...


...SAYA baru mengenali ibu gigih ini. Namun pautan kasih yang terjalin antara kami seakan-akan sudah lama. Hari pertama bertemu dengan wanita berusia 64 tahun itu, saya disajikan dengan paparan perit jerihnya membesarkan anak-anaknya.


Biar pun kami baru berkenalan, sentuhan kasih sayang keibuannya mudah menyerap, mengundang keselesaan untuk dia tanpa dipaksa mencurahkan rasa kepada insan yang baru beberapa jam hadir dalam hidupnya.

Rasa kagum saya terhadap kisah hidupnya bukan sedikit. Dia bersendirian biar pun ketika itu suaminya di sisi untuk memastikan kesemua anaknya mendapat ilmu.
Bukan bermakna bapa kepada anak- anaknya tidak bertanggungjawab. Cuma dalam soal menentukan kepentingan ilmu, dia lebih peka dan berperanan.


Ketika anak-anaknya masih kecil iaitu sekitar tahun 1960-an dan awal 1970-an, ibu gigih ini berhijrah dari kampung asal bersama suami meneroka hutan membina sebuah dangau untuk berlindung daripada hujan dan panas.



Dangau tidak berbilik itu menjadi tempat mereka lapan beranak bernaung untuk tempoh yang agak lama. Kedudukan 'syurganya' itu juga terasing dan jauh daripada kediaman orang lain.



Dia dan teman hidupnya mengambil upah menoreh getah di kebun berhampiran dangaunya. Sambil merenung kisah silam, ibu yang telah kehilangan suami sejak lama dulu berkongsi kepayahannya.
Keadaan hidup yang sangat miskin sambil menyifatkan dia sekeluarga merempat di tempat orang, menyebabkan dia berhati-hati menjalani hidup.

''Saya pernah membalut pokok-pokok getah dengan kain guni kerana bimbang anak-anak yang sedang nakal ketika itu merosakkan pokok tersebut,'' luahnya.

Kami bersembang mesra di dapur dan ketika bersama-sama memetik jantung pisang untuk dijadikan ulam hidangan makan tengah hari.
Keperitan hidupnya dirungkai dalam kemesraan itu. Betapa kesempitan hidup hampir saja menutup peluang anak-anaknya melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Sememangnya dia ibu bertuah kerana dikurniakan bukan sahaja anak-anak yang pintar malah memahami himpitan hidup ibu gigih ini.

Anak-anaknya hanya ada sehelai pakaian sekolah. Jika basah atau koyak, pakaian itulah yang mereka sarung setiap hari. Tiada rungutan jauh sekali memberontak. Kasut koyak juga dipakai mengharungi denai dan hutan berbasikal ke sekolah yang terletak jauh dari rumah.


Ada kalanya anak-anaknya tidak ke sekolah membantu ibu membanting tulang. Biar pun hidupnya kini semakin selesa, namun paparan perit jerih yang dilalui lebih 40 tahun lalu cukup untuk menggandakan kepercayaan tentang pengorbanan seorang insan bernama ibu.

Saya bertuah kerana dalam keadaan masih mempunyai ibu yang menatang saya umpama minyak penuh, saya dipertemukan pula dengan seorang lagi ibu yang sempat menumpahkan sedikit kasihnya kepada saya.
Yang pasti sambutan Hari Ibu esok hanya putaran hari-hari biasa bagi ibu saya dan 'ibu' yang baru saja saya jalin kasihnya.

Namun ia semestinya membawa nilai berbeza kepada kita yang bergelar anak - lantaran kasih ibu hanya mekar jika ada penghargaan di pihak anak-anak.

Justeru sambutan Hari Ibu bukan bermakna sehari itulah untuk kita menghargai ibu - tetapi selagi hayat dikandung badan, selagi itulah ibu adalah ratu hati kita...