Al kisah ada suatu cerita yang berlaku di negeri atas angin...telah berlaku keributan gara-gara datangnya seorang Puteri Lindungan Bulan ke negeri tersebut dan dijadikan anak angkat kepada Raja yang memerintah...Maka telah bertitahlah Raja kepada rakyatnya...
Raja : wahai hambaku semua! fitnah itu lebih besar dari membunuh.
Rakyat : fitnah apa tuanku sampai Tuanku begitu marah.
Raja :wahai rakyat ku sesunguhnya Rasulullah saw bersabda: “cukuplah seseorang dianggap pendusta jika dia menceritakan kembali (kepada orang lain) setiap yang didengarnya” Riwayat Muslim.
Rakyat: apa maksud Tuanku,
Raja: Diharap Rakyat bertanyalah dahulu kepada beta jika ada apa-apa keraguan. Janganlah sebarang tuduh dan sebarkan maklumat yang tidak benar
Rakyat : Maklumat apa Tuanku
Raja : kepada rakyatku semua beta ingin memberitahu bahwa semua sms/ym dan daftar pangilan daripada rakyat kepada puteri hamba sudah direkodkan. Terlalu banyak fitnah di dalamnya yang mengaitkan beta. fitnah lebih besar dosanya dari membunuh. ingatlah. dan tidak ada sekalipun rakyat menghubungi beta untuk menyemak semua fakta-fakta yang rakyat sebarkan itu samada benar atau tidak.
Rakyat: apa maksud Tuanku ini...
Tuanku : Sesunguhnya urusan kerja beta tidak boleh dikaitkan dengan urusan peribadi
Rakyat: Mengapa Tuanku bercakap demikian
Pengawal Istana: Tuanku! hamba rasa kata-kata Tuanku itu salah, seharusnya orang yang berperibadi mulia kerjanya akan bagus dan tidak dipersoalkan orang.
Tuanku : Berani kau menghina beta wahai pengawal.
Pengawal Istana : Hamba bercakap benar Tuanku, sekiranya orang itu punya peribadi yang bagus sudah tentu kerjanya akan bagus.
Tuan Guru Nik Aziz pun ada cakap, orang yang bagus solatnya harus diberi peluang untuk kenaikkan pangkat. Maknanya peribadi orang yang solat tu bagus, sebab tu Tok guru kata demikian supaya dia dapat jalankan tugasnya dengan jujur dan amanah.
Sekiranya peribadi seseorang itu ada masalah sudah tentu rakyat jelata akan bercakap, bak kata rakyat yang hina dina ini tanpa angin pokok tidak akan bergoyang.
Raja :wahai rakyat semua ganguan emosi yang bersifat menghasut dan bertubi-tubi selama ini memberi kesan negatif kepada jiwa Puteri hamba dan laporan polis boleh dibuat keatas sesiapa jika laporan medikal mendapati benar terdapatnya kesan tersebut akibat dari tindakan seseorang.
Rakyat: Siapa yang menghubungi siapa Tuanku, adakah orang itu yang menghubungi Puteri Tuanku, atau Puteri Tuanku yang menghubungi orang tersebut terlebih dahulu.
Raja : Ah itu beta tidak peduli asalkan puteri hamba tidak dipengapakan oleh rakyat marhaen.
Pengawal Istana: Tuanku hamba rasa Tuanku patut muhasabah diri, umur Tuanku sudah tua, kubur kata mari istana kata pergi...hamba rasa tentu Tuanku ada silap juga dalam soal ini.Jangan salahkan orang lain saja.
Tidak guna Tuanku membaca Hadis bercakap mengenai islam tetapi Tuanku sendiri tidak ikut apa yang disarankan agama islam.
Raja :Berani kau menghina beta wahai pengawal, baik kau update kau punya blog sebelum beta nyahkan kau dari negeri beta.
Pengawal Istana: kalau tuanku nak buang hamba dengar nie, pinggan x retak nasi x dingin... orang x hendak saya pun x ingin.. babai
Maka demikianlah kisah negeri atas angin yang seolah-olah dilangar garuda, kemunculan Puteri Lindungan Bulan diharap dapat menyatupadukan rakyat jelata tetapi yang sebaliknya berlaku...apabila Puteri tersebut telah bersifat talam dua muka dengan rakyat, setelah mendapat kepercayaan daripada rakyat yang tidak berpuas hati ke atas Raja Mereka yang ego.
(kisah ini adalah rekaan semata-mata tiada kaitan dengan yang hidup dan yang mati, hanya bersifat seloka dan imaginasi penulis)
0 ulasan:
Catat Ulasan