Selasa, November 04, 2008

jalan mana yang harus dipilih


Hari berganti hari, masa berganti masa, sedetik masa bergerak, dunia akan berubah, berjuta bayi akan dilahirkan, dan berjuta manusia akan menemui kematian, umur kita akan semakin tua, begitu juga dengan bumi ini...tetapi sifat manusia belum tentu akan berubah...

Kekadang kita tak pasti ke arah mana jalan kita, bila tiba tahun baru mesti ada azam baru, begitu juga bila tiba tarikh lahir semua orang akan ada azam baru, masa ini pelbagai perancangan difikirkan...janji nak berubah la, macam macam akan dikatakan cuma pelaksanaanya belum tentu...

Adakalanya kita tidak pasti apa yang seharusnya dilakukan oleh diri sendiri, kita seolah-olah membiarkan stereng kereta bergerak tanpa dipegang oleh pemandu kereta. Bila mengalami musibah kereta akan dipersalahkan, itulah hakikat manusia, suka mencari alasan dan sukar mengakui kelemahan diri.

0 ulasan: