Isnin, November 03, 2008

dosa-dosa UMNO

Umum mengetahui komposisi kaum di Malaysia ialah Melayu /Bumiputera 67%, kaum cina 25 %dan India 7 %. Kalau kita perhatikan jumlah komposisi ini adalah jelas dan nyata orang Melayu dan Islam masih merupakan majoriti di Malaysia.


Tetapi yang pelik dan ajaibnya pada pilihanraya 2008 orang bukan Melayu memainkan peranan utama untuk mengubah pola politik Malaysia. Pada pilihanraya tahun 1999 walaupun ramai Melayu menyokong pembangkang dek kerana Anwar, tetapi pola politik hanya berubah sedikit sahaja, kerana bukan Melayu masih menyokong UMNO/BN.


Disebabkan keyakinan bukan Melayu akan sentiasa menyokong UMNO /BN, maka banyak kerusi majoriti Melayu ditukar menjadi kawasan campuran oleh parti pemerintah sehingga pada pilihanraya tahun 2004 PAS dan PKR hampir tersungkur, manakala DAP terpaksa berjuang secara sendirian kerana termakan dengan dakyah perkauman UMNO/BN, Itu situasi beberapa tahun lepas tetapi realiti kini sudah berubah.


Saya tidak ingin mengupas kedudukkan politik semasa, tetapi hanya ingin menceritakan betapa bodohnya UMNO kerana ingin mengukuhkan kuasa banyak kawasan majoriti Melayu telah ditukar menjadi kawasan campuran, dengan harapan PAS tidak akan menang di kerusi yang ditandingi. Kesannya lihat apa yang berlaku apabila orang bukan Melayu sudah tidak lagi menyokong UMNO/BN. Dengan popululasi hanya sekitar 32 peratus mereka sudah hampir mengubah Malaysia.


Tuntutan demi tuntutan dilakukan seolah-olah orang bukan Melayu sudah banyak hidup menderita di Malaysa, aduh pedihnya ingin menerima hakikat ini berlaku, keburukkan UMNO telah menyebabkan orang Melayu semacam rasa bersalah kepada bukan Melayu.


Walhal hakikatnya orang Melayu di bawah PAS yang memerintah Kelantan tidak pernah menganaktirikan orang bukan Melayu, kalau tidak Naib Presiden MCA Dr. Ng Yen Yen tidak dapat masuk universiti kalau bukan kerana bantuan kerajaan PAS Kelantan yang memberikan bantuan kepada beliau puluhan tahun dahulu.


Itulah Melayu UMNO demi menjaga perut mereka sanggup ketepikan sesama Melayu yang menganut agama sama. Menyekat peruntukan kewangan kepada sesama Melayu dan mensabotaj orang Melayu yang tidak sealiran dengan mereka.


0 ulasan: