BUAT pertama kali dalam sejarah adikuasa Amerika Syarikat dan jagat, seorang kulit hitam, Barack Hussein Obama dari Parti Demokrat, dipilih sebagai presiden sebuah negara majoriti kulit putih. Ia bertepatan dengan manteranya, 'perubahan' - selepas 143 tahun Perang Saudara untuk mengakhiri perhambaan dan 41 tahun ucapan 'Aku Punya Impian' Dr Martin Luther King, Jr yang menyemarak semangat kulit hitam.Encik Obama, 47 tahun, merupakan suatu fenomena luar biasa kerana latar belakangnya yang berdarah campuran (ayahnya dari Kenya dan ibunya kulit putih), pengalaman hidup yang global serta kecekapan menggerakkan jentera kempennya yang neutral walaupun baru sepenggal sebagai senator.
Sebagai presiden yang amat tidak popular dalam sejarah moden Amerika, Encik Bush dilihat sebagai 'bebanan' pada Encik McCain, wira Perang Vietnam dan senator lebih dua dekad.
Khamis, November 06, 2008
ERTI DI SEBALIK PERUBAHAN BESAR AMERIKA
Tidak syak faktor 'ekonomi' iaitu kemelesetan Amerika telah memungkinkan kemenangannya dan amat menjejas lawannya, Senator John McCain, 72 tahun. Mentelah Pentadbiran Bush yang mewakili Republikan telah gagal dalam banyak hal - dari segi dasar luar dalam menangani pengganasan, isu perang Iraq dan Afghanistan sehinggalah kebajikan dan kesihatan Amerika.
Kini terbentang di depan Encik Obama ialah agenda pemulihan ekonomi Amerika. Pertemuan 20 negara maju dan sedang membangun yang kaya dana pada 15 November ini runcing untuk menyelamatkan sistem kewangan dunia. Encik Obama perlu menjadi pembawa obor buat watannya dan jagat. Selain membangkit keampuhan Amerika, diharap beliau tidak lupa akan bakti jagat. Dasar perlindungan Amerika perlu dielakkan. Amerika mesti mendampingi dunia secara budiman, adil dan ihsan.
Encik Obama perlu memanfaatkan gedung kepakaran watannya, terutama naibnya Joe Biden yang arif akan ehwal dunia. Doa ibu dan neneknya yang meninggal sehari sebelum pengundian mengiringi kejayaannya. Pencapaiannya menjadi inspirasi dan bukti mengenai 'impian Amerika' yang menyerlah peluang untuk yang berjiwa besar tanpa mengira kaum.
Dicatat oleh TukangKritik di 1:45 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan