Rabu, Oktober 01, 2008

Rempit sesudah solat sunat Aidilfitri

Hari ini semua umat islam di Malaysia meraikan hari kemenangan setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadan. Dalam meraikan kegirangan ini, terdetik seketika di hati, alangkah indahnya jika arwah Ayah masih ada lagi, kenangan bersama arwah memang sukar dilupakan. Walaupun hubungan kami tidaklah seerat hubungan antara ibu dan anak, tetapi aku tahu ayah begitu berbangga dengan aku semenjak aku berjaya masuk ke Institusi Pengajian Tinggi dan seterusnya mendapat perkerjaan. Sehingga kini masih tergiang-ngiang pesanan arwah ayah kepada aku sebelum beliau menghembuskan nafas terakhir dan ia masih lekat tersemadi dalam diriku dan aku tidak akan lupakan pesanan tersebut sehingga hayat dikandung badan.


Bak kata P.Ramlee masa tidak akan kembali, justeru itu aku hanya mampu mengenang kembali sahaja kenangan-kenangan lama. Selepas solat sunat Aidlifitri hari ini aku terus berkunjung ke tanah perkuburan untuk sedekahkan doa kepada arwah ayah dan saudara mara. Aku sejak kecil di bawa oleh ayah aku untuk sentiasa menziarahi kubur saudara-mara, lantaran itu di antara adik beradik aku, aku yang lebih tahu di mana kubur atuk , nenek dan saudara mara yang lain. Sewaktu kecil ayah selalu berpesan "orang yang dah mati tentu gembira dan berterima kasih jika kita selalu menziarahi kubur dan membaca yasin serta doa kepada mereka".


Gambar ini hanya sekadar hiasan, tidak ada kena mengena dengan diri penulis

Kini aku berharap ayah aku pun gembira dengan doa yang di berikan kepadanya, kerana sudah tidak ada lain yang mampu aku lakukan kecuali berdoa untuk ayah tersayang. Kata orang bila dah mati hanya amalan dan doa anak yang beriman akan dapat dibawa ke alam kubur. Semoga


doa aku diterima dan dimakbulkan Allah. Ameeen...

0 ulasan: