Sebaik bertolak pulang ke rumah bertemu bonda pada hari ini, saya rasa tak cukup masa dan tangan, maklumlah pelbagai benda nak dibuat, sehingga saya terlelap dua jam selepas waktu berbuka puasa. Ini berlaku gara-gara kami sekeluarga seperti keluarga lain di Malaysia ketika ini sedang sibuk membuat persiapan menyambut raya.
Selepas perbincangan diadakan keluarga bersetuju untuk sembelih dua ekor kambing, 10 ekor ayam, 10 kilo daging lembu dan 4 ekor ayam kampung untuk raya tahun ini.Nampak agak besar tapi bila dah berkumpul seluruh keluarga, rasanya amat memadai, ditambah lagi kunjungan sahabat handai pada keesokkan hari. Ketika ini ruangan rumah penuh diisi dengan sanak saudara sehingga tidak ada lagi peluang nak tinggal dalam bilik.
Inilah yang mahalnya budaya balik kampung, semua dah tak kisah status atau pangkat semata-mata nak beraya di kampung. Sanggup tinggal dalam keadaan tidak selesa dan sempit semata-mata ingin berjumpa sanak saudara di desa.
Dalam keriuhan tersebut hati saya tersentuh dengan seorang saudara jauh saya, bila anak beliau seolah-olah tidak memperdulikan beliau, disebabkan penceraian, anaknya dibesarkan oles isteri, sehingga sekarang anaknya mengangap saudara saya itu tidak pernah membantu membesarkan mereka. Pada saya walau sebesar mana kesilapan saudara saya tersebut adalah tidak wajar dilakukan sedemikian, masa telah berubah dan saudara saya itu telah jauh berubah berbanding waktu mudanya. Kalau benar dia bersalah biarlah ia ditentukan antaranya dengan Allah sahaja, bukan kita menambahkan penderitaan dan tidak memberi peluang lansung kepadanya.
Terasa sebak dan terselah wajah kesayuan beliau apabila saya dan adik beradik lain memberikan sepasang baju Melayu dan sedikit kelengkapan raya untuk beliau meraikan di aidilfitri ini. Mungkin terlalu banyak benda yang terpendam dalam hatinya.
Sempena Aidilfitri ini, saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya kepada semua rakan Blogger terutama geng GB, saudara Greenboc dan sahabat-sahabat lain yang mengunjungi blog ini.

0 ulasan:
Catat Ulasan