Selama empat hari ini aku merempit di negeri perak, seronok rasanya bila menjejaki negeri yang berada dibawah teraju Pakatn Rakyat ini, kalu dulu hati selalu berfikir tidak mungkin negeri Perak ini akan diterajui oleh pembangkang lebih-lebih lagi Menteri Besarnya adalah dari PAS. Namun mitos itu telah dapat dilenyapkan oleh orang Perak dengan keizinan dari Tuhan, cuma yang sedihnya ia dirintis oleh majoriti masyarakat bukan Islam. Adakalanya aku terfikir kenapa orang Melayu perak masih sayangkan UMNO, hingga di Grik mereka sanggup mengundi rakan UMNO dalam BN iaitu Parti Gerakan, walhal jelas di situ majoriti ialah orang Islam dan Melayu.
Adakah semangat Dato, Mahareja Lela dan Gunung Semangol telah luput dikalangan orang Melayu Perak, pening aku memikirnya, Tapi walaubagaimanpun, aku rasa bertuah dapat berpijak di tanah tertumpahnya pahlawan Melayu yang telah bertindak luar dari pemikiran ketika dahulu iaitu Datuk Mahareja Lela. Mudah-mudahan Kerajaan baru sekarang tidak mempersiakan amanah yang diberi oleh pengundi dan tidak berulang seperti apa yang berlaku di Terengganu dulu.
0 ulasan:
Catat Ulasan