Pada solat Jumaat dua hari lepas, sewaktu khatib menyampaikan khutbah, aku terkejut dengan maklumat yang diberitahu khatib bahawa sehari sebelum itu beliau dimaklumkan ada seorang wanita muslim di Kuala Lumpur telah meminta cerai dari suaminya dengan alasan ingin keluar daripada agama islam. Si suami yang risau dengan perkara itu telah memaklumkan kepada imam surau yang berhampiran, lantas diadakan solat hajat pada malmnya agar isteri suami itu dapat diselamatkan akidahnya.
Selepas solat Jumaat itu aku dan makmum lain tertanya-tanya mengenai perkara tersebut. Kenapa perkara demikian semakin menjadi-jadi sekarang ini, adakah benar umat islam hari ini semakin lemah hingga umatnya secara terbuka ingin keluar daripada agama yang dianutinya. Ataupun selama ini kita banyak berselindung jumlah sebenar orang yang murtad di Malaysia atas alasan ia terlalu kecil.
Dengan era keterbukaan sekarang ini ditambah dengan peningkatan desakan dan suara kumpulan hah asasi manusia termasuk dalam beragama, agaknya kumpulan ini sudah semakin berani bersuara.
Bila NGO islam atau Melayu bercakap pasal ini akan dianggap perkauman, adakah ini agenda yahudi atau kristianisasi? Bagaimana agaknya masa depan umat di Malaysia ini, sampai saat ini aku masih tertanya-tanya?
0 ulasan:
Catat Ulasan