Isnin, September 29, 2008

Masjid di Malaysia

Dalam tempoh sehari dua ini umat islam akan meraikan kehadiran Aidlifitri, buat masa ini suasana di Kuala Lumpur sudah beransur menjadi kota yang lengang ekoran kepulangan warganya ke kampung halaman. Sempena kehadiran Syawal ini saya ingin merakamkan selamat hari raya kepada seluruh umat islam yang menyambut Aidlifitri, terutamanya yang selalu mengunjungi laman blog saya. Bersama ini saya kongsikan gambar beberapa masjid di Malaysia yang menarik perhatian saya.
Rekabentuk masjid dua tingkat ini begitu menarik perhatian saya, ia hanya mempunyai satu kubah besar dan satu menara.Masjid Putrajaya di waktu malam akan mengamit sesiapa sahaja yang berkunjung ke situBoleh dikatakan banyak masjid di Malaysia mempunyai rekabentuk seakan masjid ini.Saya tidak pasti dimana terletaknya masjid ini, tetapi ia lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Masjid ini begitu cantik sekali dengan warnanya yang lembut dan pokok menghijau telah menyerlahkan masjid ini.Rekabentuk masjid ini nampak seperti kompak dan simpleMasjid ini dipengaruhi unsur rumah Melayu pada bahagian bumbungnyaMasjid lama ini tetap menarik perhatian kita kerana keunikkan senibinanyaJarang saya terlihat kubah masjid di cat warna biru seperti kubah masjid ini

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

masjid kubah biru macam masjid biru kat turki tu.....