Sewaktu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur beberapa minggu lepas saya berkesempatan singgah di kawasan hutan lipur atau di namakan Hentian Rekreasi Sungai Yu, di negeri Pahang. Ia terletak berhampiran dengan jalan utama dari Merapoh ke Kuala Lipis, dan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Pahang. Disebabkan lokasi yang berhampiran jalan utama tempat ini sering dikunjungi oleh pemandu kenderaan untuk berhenti rehat dan mandi manda di sungai tersebut.
Setiap tempat mempunyai papan tanda untuk hebahan kepada orang ramai, tetapi berapa ramai yang rajin membaca papan tanda?
Bila memandang air sungai ini kita dapat melihat ia masih suci dan bersih. Saya sering tertanya-tanya adakah hati kita juga dapat dilihat seperti ini sekiranya bersih...Setenang-tenang air ini adakah airnya tidak pernah berkocak walau sedikit pun?Bila berkunjung ke tempat rekreasi, saya sering terjumpa tin minuman keras ini, siapa punya agaknya?Sekiranya seseorang itu darah gemuruh dan penakut adakah orang itu berani melalui jambatan gantung ini?
0 ulasan:
Catat Ulasan