Dah lebih seminggu tak update blog ni, bukan tidak ada bahan nak masukkan tapi ada masalah dengan talian, itu yang jadi malas nak update blog, kekadang nak buat je laporan kat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia pasal gangguan talian broadband yang disediakan syarikat pembekal. Waktu promosi bukan main lagi nak tarik pembeli, bila kita pakai walau duduk hanya beberapa kilometer dari KLCC talian tetap tidak memuaskan, tidak berbaloi bayar bil setiap bulan, Maxis ke Celcom pun lebih kurang sama je bila kita banding. Promosi je lebih, perkhidmatan yang diberikan amat mengecewakan. Rasa nak tukar je broadband yang ditawarkan syarikat lain, tapi takut hasilnya sama je.
Selepas hampir separuh berpuasa saya baru dapat memijakkan kaki di Bazar Ramadan, itu pun sebab ajakan kawan, secara peribadi saya tidak suka sangat pergi ke bazar Ramadan sebab saya ragu dengan juadah yang dijual oleh peniaga samaada dari segi kebersihan atau kualiti makanan yang dijual, dari segi makanan saya akui saya agak cerewet maklumlah rasanya tidak berbaloi kita keluarkan duit untuk membeli makannan tetapi kualiti makanan tersebut seperti tidak sedap, mahal berbanding harga biasa, sudah basi dan sebagainya sebab tu saya tidak berminat nak ke bazar Ramadan. Lebih baik pergi ke tempat yang kita sudah yakini tahap kebersihaannya.
Kali pertama memijakkan kaki ke bazar Ramadan saya di kejutkan dengan satu kejadian betul-betul berlaku di hadapan saya. Kejadian ini melibatkan penguatkuasa Majlis Perbandaran dengan seorang peniaga yang tidak mempunyai permit berniaga di bazar Ramadan tersebut.
Hanya ini yang dapat saya tunjuk sebab keadaan terlalu tegang masa ini, antara penguatkuasa berbaju biru di atas dengan peniaga air kelapa tersebut.
Peniaga air kelapa tersebut yang berang dengan tindakan penguatkuasa meradang apabila dinasihat oleh penguatkuasa majlis perbandaran. Kata peniaga itu kalau nak kuat kuasa peraturan kenapa tak buat semua, buat tempat lain juga jangan kat dia sahaja. Dengan memegang parang yang digunakannya untuk memotong kelapa, peniaga itu dengan emosi yang agak marah meradang tak tentu pasal terhadap penguatkuasa, saya yang berada berhampiran takut jika keadaan tidak terkawal, maklumlah orang Melayu ni bila mengamuk apa sahaja boleh berlaku. Selepas beberapa minit bertegang leher akhirnya penguatkuasa itu beredar dan kedaan menjadi tenang kembali. Nasib baik takde gerai yang terbalik pikir hati saya dan tak de parang yang terbang, jika tidak jadi saksi la kat mahkamah nanti.
Ini lah gerai bergerak milik peniaga tersebut yang sempat saya rakam
Pada saya tindakan peniaga tersebut memang tidak wajar dia memaki hamun penguatkuasa tersebut, penguatkuasa tersebut menjalankan tugas, orang lain membayar yuran untuk berniaga, tentu tidak adil bukan, saya memerhatikan penguatkuasa itu telah menggunakan cara terbaik menasihatkan peniaga tersebut. Tapi entah la orang kita ni suka sangat langgar peraturan dan sukar mengaku buat salah, dia tidak boleh kaitkan isu lain, kerana perkara utama dia tidak ada lesen berniaga kat tapak perniagaan sementara itu.
Selepas beberapa kali pusing kat bazar tu, saya hanya mampu membeli satu sahaja makanan, kerana lansung tidak tertarik dengan juadah yang dijual, dan terpaksa pergi ke restoran yang selalu saya pergi untuk membeli juadah berbuka. Rasanya ini kali pertama dan terakhir je kat bazar Ramadan tahun ini.
Ayam panggang ini nampak sedap tapi sebenarnya ia dipanggang dengan cara tidak betul kerana kawan saya yang membeli ayam ini mengatakan isi di bahagian dalam masih tidak masak sepenuhnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan