Kalau nak tahu betapa tiada jati dirinnya orang Melayu sila lihat gambar ini, bila orang Cina tidak menghormati bahasa Melayu, orang Melayu melalui parti Politik dan akhbar akan melenting, tetapi bila peluang diberi untuk daulatkan bahasa Melayu, anak syarikat Kerajaan negerii pun tidak melaksanakannya. Sebagai contohnya gambar ini yang diambil di Pasar Borong Selangor, apa motif menggunakan bahasa Inggeris, pekerja di situ ramai yang bersekolah Inggeris ke? atau bos syarikat yang menguruskan pasar tu adalah orang Inggeris? rasanya semuanya reti cakap Melayu, yang pergi membeli belah pun rasanya majoriti pandai berbahasa Melayu.
Kalau dulu ia dilaksanakan di bawah kerajaan BN kenapa sekarang kerajaan Pakatan Rakyat bila menguasai kerajaan negeri tidak mengambil pendekatan terbaru menukar papan tanda ini ke dalam bahasa Melayu, mahal sangat ke, atau membina kilang ternakan Babi lebih murah? Inilah jati diri kepimpinan orang Melayu suka sangat tawar menawar hingga bahasa pun tergadai. Mana Teresa Kok? kenapa tidak komplen papan tanda ini, jangan hanya pandai komplen papan tanda bertulisan jawi sahaja, sebab ia dekat sahaja dengan kawasan Kinrara tak sampai sejam pun.
1 ulasan:
Biar aku peringatkan. Bodoh benarkah para rakyat dan pemimpin kita dalam hal bahasa, hingga sanggup bahasa asing didaulatkan. Bahasa sendiri letak di mana? Orang Malaysia mesti tahu berbahasa Melayu, kalau tak tahu itu bukan salah bahasa tapi sikapnya yang salah terhadap bahasa.
Catat Ulasan