Isnin, September 15, 2008


Dalam tempoh beberapa jam lagi 916 akan tiba dan sampai ke detik ini saya masih lagi kabur maksud sebenar angka ini, jika emas tau la, semua orang menunggu 916 ini samada orang politik atau bukan ahli politik tak ubah seperti menunggu tarikh pengumuman Hari Raya.


Tetapi dalam tempoh ini apa yang menariknya dua parti yang ahlinya terdiri daripada orang Melayu beragama islam mengalami pergeseran dalaman yang agak besar hingga menimbulkan persoalan di kalangan ahli kedua-dua parti.


Pertamanya parti UMNO yang merupakan parti dominan dalam Barisan Nasional sekarang, dengan tentangan bertali arus terhadap Presiden Parti yang juga Perdana Menteri Malaysia telah menyebabkan UMNO mengalami situasi politik yang agak menggusarkan selepas pemecatan Anwar Ibrahim dari UMNO sedekad yang lalu. Pada hari ini kekalutan ini ditambah lagi dengan kegagalan Perdana Menteri untuk menangani kewajaran penggunaan ISA terhadap ahli Parlimen Seputeh dan penulig blo Malaysia Today, sehingga memakan diri apabila ada Menteri Kabinet sendiri menentang tindakan tersebut.


Keduanya wujudnya seolah-olah pertentangan pendapat dalam Parti Islam Semalaysia (PAS) yang merupakan salah satu parti dalam Pakatan Rakyat mengenai peralihan kuasa, di mana tercetus suara ada pihak menentang dan ada pihak menerima pelan peralihan kuasa 916. Agak kelakar bila kita membaca pandangan Pesuruhjaya PAS Terengganu mengenai peralihan kuasa dan tersebar berita kononnya Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS menegur pandangan tersebut tersebut. Siapa yang betul tidak siapa yang tahu, tetapi yang jelas PAS juga telah dihinggap penyakit UMNO, kalau tidak kenapa terkeluar isu tersebut dan wujudnya blog yang secara jelas mengkritik Naib Presiden PAS iaitu Husam Musa yang kononnya merupakan pemimpin yang telah dijadikan platfom oleh Anwar Ibrahim untuk mencapai matlamatnya.


Agak-agaknya siapa yang kukuh sekarang ini? adakah Parti Keadilan Rakyat (PKR), iaitu parti yang tidak mempunyai asas akar umbi yang kukuh di Malaysia. Atau pun DAP parti yang jelas menolak agama Islam dimartabatkan di Malaysia? Tentu kita tidak akan percaya dengan apa yang berlaku dalam politik Malaysia pada hari ini. Namun siapa tahu ia mungkin merupakan satu perkembangan baik untuk negara Malaysia bukan. Kerana selepas ini tiada lagi persoalan agama dan ras kaum akan dibangkitkan kerana orang Malaysia semuanya mempunyai hak yang sama dan negara tidak lagi dipimpin oleh pemimpin yang suka menyalahguna kuasa.


0 ulasan: