Lelaki ini mendakwa dia adalah mualaf yang memerlukan bantuan
Pada aku tidak wajar kita membiarkan mualaf ini hidup merempat dan meminta sedekah, kekadang aku terfikir kemana pergi duit zakat yang disedekahkan orang islam. Tidak adakah badan yang membantu dan menguruskan mualaf ? teringat aku cerita seorang mualaf ketika di Wakaf Che Yeh di Kota Bharu dulu, dia mendakwa jabatan agama islam lebih menjaga orang Melayu bukan menjaga orang islam, sebab itu dia terpaksa meminta sedekah untuk menyara hidup. Aku tak tau sama ada benar atau tidak dakwaan lelaki cina muslim tersebut yang pasti ramai mualaf di negara kita terpinggir selepas mereka memeluk islam. Sudahla diketepikan keluarga mereka orang Melayu pun tak ingin membantu mereka.
Haruskah perkara ini berlaku dan kita terus membiarkan ia berlaku, pada padangan aku ia memberi imej yang tidak baik kepada Islam kerana Islam seringkali dikaitkan dengan kehidupan yang sukar dan kedaifan serta kemiskinan
Berbalik kepada cerita mualaf di masjid tadi selepas aku membeli makanan kepada dia, aku nampak kegembiraan terpancar diwajahnya, nyatalah dia betul dalam keadaan kelaparan. Selapas solat Isyak aku sekali lagi mencari beliau tetapi ternyata hampa kerana dia terus bergegas menuju ke ruang parking kereta dengan tujuan untuk meminta sedekah dari pengunjung masjid lain. Agaknya sampai bila dia akan meminta sedekah dan duduk merempat dari masjid ke masjid.
1 ulasan:
betul ut, ajak g makan sambil sembang dgn dia... apa2 pun dia brothers in islam :)
Catat Ulasan