Seperti orang lain aku pun nak bercuti kali ini dengan keluarga pergi kat Port Dickson je, dalam perjalanan nak ke sana aku terpandang benda ni, ekoran lama tak lalui jalan ni tak sedar ada benda lain terpacak kat sini.
Wakaf ini terletak berhampiran persimpangan Pandan Mewah
Tahniah kat YB kawasan ni sebelum ni bertahun-tahun tidak ada tempat menunggu bas kat sini, tetapi sekarang sudah ada wakaf yang disumbangkan oleh YB Iskandar, Adun Chempaka dalam Parlimen Pandan yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Selangor . Kalau tak ada wakaf ni jenuh orang menungu bas dalam keadaan panas dan hujan. Bagi pengguna ini merupakan rahmat besar kepada mereka. Diharapkan sikap bertanggunjawab YB ni akan berterusan bukan setakat selepas pilihanraya sahaja. Sesunguhnya rakyat akan menilai peranan dan tanggungjawab wakil yang mereka pilih bukan selepas pilihanraya sahaja tetapi sepenggal.
Tapi setakat ini apa yang aku dengar penduduk warga Pandan Indah dan sekitar amat gembira dengan sikap dan peranan Adun Chempaka ini. Cuma aku tak berapa berkenan dengan majlis makan sate yang diadakan baru-baru ini, bukan tak berkenan dengan matlamat majlis tu tapi tak berkenan dengan cara nak tarik orang hadir ke majlis tu. Sebelum majlis itu diadakan sekitar Pandan Indah ada tertera baner atau sepanduk makan sate bersama YB Iskandar. Seolah -olah cam nak rasuah penduduk dengan makan sate, kalau syarikat perumahan buat camtu aku tak kisah tapi dia tu wakil rakyat.
Sepatutnya makan sate bukan tarikan utama warga Chempaka nak jumpa beliau. Memberi sate tu umpama memberi pandangan kepada umum bahawa jawatan Yb membolehkan orang jadi kaya, orang sudah tidak ambil peduli kalau sebelum ni YB tu dah kaya pun sebelum jadi YB. Seharusnya Yb Iskandar tidak terikut-ikut gaya YB BN yang menjadikan jawatan YB tu umpama Pusat Kebajikan bukan penggubal undang-undang, tak kisahlah nak gubal Akta ke, Ordinan ke atau Enekmen yang penting peranannya adalah lebih besar untuk Negeri dan Negara, biarlah tugas kebajikan dan seumpamanya dilaksanakan oleh agensi kerajaan yang telah ditubuhkan hasil perbincangan di Dewan DUN atau Parlimen. Dengan ini Yb hanya perlu memantau dan memberi cadangan kepada badan pelaksana kerajaan tersebut bukan berada di depan sekali seolah-olah Yb tu pekerja kebajikan pula.
Selepas dua jam lebih aku pun sampai kat Port Dickson, seperti biasa keadaan kat sini pada musim cuti penuh dengan orang, semua nak berehat dan bermesra bersama keluarga agaknya, itulah trend percutian sekarang hotel dan apartmen-apartmen di pusat percutian musim cuti habis ditempah awal oleh rakyat Malaysia. Sedikit sebanyak tauke Hotel dan resort lega sedikt selepas kerajaan melarang penggunaan Hotel sebagai tempat seminar dan berkursus. Walaupun aku semalam aku dengar cerita arahan tu dah ditarik balik,agaknya tauke Hotel dah senyum lebar sekarang, maklumlah boleh raih keuntungan kembali.
0 ulasan:
Catat Ulasan