Semalam aku menaiki LRT untuk ke pusat bandar, sebaik sahaja aku duduk dalam LRT ada dua orang wanita warga Arab menegur aku untuk bertanyakan bagaimana ingin pergi ke Ampang Park, aku yang dok tengah bingung kepanasan bertambah bingung dengan soalan minah arab tadi, dah le aku tak pernah pergi ke Ampang Park pakai LRT ditambah pula dengan bahasa yang digunakan minah Arab tadi nak kata bahasa inggeris bukan bahasa inggeris ada bunyi lain, nak kata arab bukan Arab rupanya inggeris gaya arab. Seperkara aku pelik ramai-ramai orang dalam LRT tu kenapa la dia tanya aku tak semena-mena aku terpaksa speaking mat saleh depan orang ramai. Rupa-rupanya bukan penumpang lain tak nak bantu tetapi penumpang lain tak faham bahasa wanita Arab tadi. Nasib baik aku reti sedikit cakap arab ni jadi aku ambik keputusan praktis bahasa arab dengan wanita Arab tadi. Walaupun loghat yang digunakan mereka membuatkan aku ternganga sekejap tapi nasib baik mereka faham aku cakap.
So demi menjaga maruah Malaysia aku nekad membantu warga arab tadi dengan memberikan beberapa pilihan untuk sampai ke Ampang Park dengan meminta pertolongan penumpang lain. Aku harap maklumat yang aku beri tu betul, nanti tak pasal-pasal sesat minah arab tu kat KLCC nanti, buruk nama Malasyia nanti.
Sesudah menggunakan LRT aku menggunakan train Komuter untuk pergi ke tempat aku tujui, di dalam tren komuter aku duduk sebelah seorang perempuan tua yang berketurunan cina, dia senyum kepada aku sambil menyapa.
"Mau pergi mana?" tanya wanita tua yang berpakaian agak moden itu kepada aku. "Saya mau pergi ke MId Valley la untie ada hal sedikit" tutur aku kepada dia dengan lembut
"OO itu macam kaa..." perkataan keluar dari wanita itu.
"Awak boleh cakap English ke?" tanya wanita tua itu lagi kepada aku. aku kata "boleh la sikit-sikit, kenapa untie tanya macam tu? tanya aku balik kepada wanita itu"
Selepas itu dia terus berbahasa Omputeh dengan aku rupa-rupanya dia ingin menceritan ketidakselesaan dia terhadap suatu perkara seawaktu berada dalam Komuter tu... dia takut menggunakan bahasa Melayu kerana takut orang India tu faham.
Aku cakap kat untie tu biasa la pelbagai bangsa duduk dalam negara mesti ada yang tak puas hati, adik beradik pun bergaduh apatah lagi berlainan kaum. Selepas itu unti cina tu bersetuju dengan pandangan aku. Menurut ceritanya dia dari seremban datang ke KL pakai komuter kerana jumpa kawan dekat Palace of Golden Horse, Sungai Besi kemudian datang ke KL atas urusan peribadi lain.
Selepas sampai ke destinasi yang aku tujui untie tu mengucapkan terima kasih pada aku kerana sudi berborak dengan dia. Cuma aku pelik kenapa aku dipilih oleh dia untuk dijadikan teman boraknya.
0 ulasan:
Catat Ulasan