Sewaktu berada di Kelantan baru-baru ini, seorang kawan mencadangkan aku ke sebuah hutan simpan yang katanya masih lagi terpelihara dengan keasliannya, terletak lebih kurang 50 kilometer dari Kota Bharu dan 15 kilometer dari bandar Machang, menurut kawan aku ia hanya dikunjungi oleh penduduk setempat sahaja. Dek kerana terpengaruh saranan kawan aku tu, aku pergi ke sana bersama beberapa orang kawan aku dengan niat nak melihat kecantikan panorama ciptaan Tuhan.
Sampai di sana aku dapati kawasan itu memang masih baru lagi, dan menurut penduduk setempat kawasan itu dinamakan Jeram Batang Nyior, yang aku pelik tak nampak pun batang Nyior kat situ. Pada aku agak hairan rasanya pihak berkuasa tempatan tidak memajukan tempat ini sebagai destinasi tarikan ke daerah ini, setahu aku hanya ada satu kawasan rekreasi di daerah ini iaitu kawasan Rekreasi Bukit Bakar iaitu lebih kurang 10 kilometer dari Bandar Machang. Kalau nak dibandingkan dengan air terjun Gunung Pulai 2 di Kulai, Johor yang menjadi isu berkaitan pengambilan tanah baru baru ini, tempat ini jauh lebih cantik lagi.
Seharusnya pihak berkuasa tempatan lebih kreatif dalam mencari sumber pendapatan bukan asyik nak mencari kesalahan orang untuk mengutip pendapatan. Bayangkan aku tak pernah pun di saman kerana kesalahan parking di mana-mana tempat pun sebelum ini, terkena saman parking sebanyak dua kali dalam sehari di bandar Machang. Nak mengamuk macam gajah naik minyak rasanya masa tu, terlewat beberapa minit pun nak saman agaknya pegawai bertugas tu memang dok menunggu je kereta yang melebihi masa ditetapkan.
2 ulasan:
Oo mu g jeram batang nyiur nih ye... jumpa plak mu. Aku pn sblm ni xtau pn kewujudan jeram nih, sbb die duk kt hujung kg nun... jauh jg la. Gambar menarik jg tu.
Pasal saman parking tu, mmg la kalo lmbt skit die saman trus la, kalo tersilap letak motor pn die sanggup punggah motor ni naik lori. Geram tu mmg geram jg la. Aku yg duk mache ni pn mmg geram, tp dh biase ni tau la taktik die nih.
Apepun aku ucap timakasih le, tlg promote mache aku nih!. Mmg kena hati2 sokmo kalo letak kete ngan motor nih, kalo silap je pantas le die bertindak. Nasib mu la ut wei!
piz wei mu la pulok jadi wakil rakyat mache tu.
Catat Ulasan