Bila sampai di Kuala Lumpur badan rasa tak sedap, oleh itu aku pergi jumpa dr. ambik ubat demam dan sakit tekak, di kesempatan itu aku turut menanyakan soalan kepada dr. kenapa aku rasa sakit dibahagian otot dada dan bahu kekadang sampai susah nak bernafas. Bila pemeriksaan dibuat dr. memberitahu mungkin pemakanan aku tidak betul, kerana denyutan jantung aku adalah normal dan tiada masalah. Bincang punya bincang rupanya ia berpunca disebabkan aku ni bukan peminum kafein dan teh, tapi dua tiga minggu ni aku pandai-pandai minum kafein dan teh jadi sedikit sebanyak boleh ganggu otot dada aku. Selepas itu dr. tu sarankan aku elakkan minum kafein dan teh dan amalkan diet dan minuman yang diamalkan sebelum ini.
Kawan aku hari ni ajak aku pergi KLCC, aku cakap maaf aku tak suka tempat macam tu ramai sangat orang, kalau orang tempatan tak pe lagi, ini ditambah dengan Indon, Bangla dan aneka bangsa.. tak sanggup nak pergi ke tempat tu.
Semalam sewaktu Khutbah Jumaat Mimbar Masjid membincangkan tentang keagungan Kerajaaan Bani Abasiyah sehingga melahirkan pemerintah seperti Khalifah Al Makmun dan Harun Ar - rashid. Kemuncak kegemilangan zaman ini ialah kita dapati Kota Baghdad telah menjadi pusat Ilmuan dalam segala bidang, pada masa ini jugalah kita dapati lahirnya pelbagai tokoh islam seperti Al Farabi, Ar-razi dan Ibnu Sina. Bila pemerintah jadikan Al-quran sebagai pegangan negaranya pun makmur, pelbagai ilmu berkembang pesat sehingga menjadi rujukan pelbagai pihak disamping itu pemerintah juga dihormati oleh pemerintah negara lain.
Namun sikap manusia tidak selama-lamanya mereka berpegang teguh kepada tali Allah dan Al-quran hingga akhirnya Bani Abasiyah runtuh dikalahkan oleh bangsa Monggol. Saat kejatuhan kerajaan Bani Abasiyah telah menyaksikan sungai Tigris bertukar rupa menjadi hitam kerana buku-buku telah dibakar dan dilempar ke dalam sungai.
Tentu agak pelik kerajaan yang kuat dan gagah boleh runtuh sebegitu rupa tetapi itulah kenyataan sejarah dunia islam yang ditunjukkan kepada kita. Agaknya kita di Malaysia ini berada di zaman mana ya?
0 ulasan:
Catat Ulasan