Semalam di Pekan Rantau Panjang sempat singgah untuk membeli sedikit ole-ole untuk kaum kerabat dan kekawan. Benda yang aku cari pertamanya adalah tudung bawal, sebenarnya aku ni takdelah reti sangat nak membeli tudung ni tapi taulah sikit-sikit. Setahu aku tudung bawal ni kainnya adalah datang dari China tapi hiasan maniknya dibuat oleh orang Melayu di Patani, kegiatan ini sedikit sebanyak dapat membantu ekonomi orang Melayu islam di sebelah Patani. Di sebelah siam kain tudung ini sebenarnya lebih murah berbanding di sebelah Malaysia, tetapi apabila tiba di Malaysia harganya dinaikkan sedikit untuk kos pengankutan. Setahu aku tudung bawal ni banyak jenis anataranya jenis satu, dua tiga, jenis siti nurhaliza, datuk K dan pelbagai nama, semata-mata untuk melariskan hasil jualan.
Kalau dihitung kira sebenarnya industri tudung ini dapat membantu orang Melayu di sebelah Siam untuk menyara ekonomi mereka. Jika orang lelaki datang merantau ke Malaysia untuk berniaga warung dan restoran Tom Yam, orang perempuan pula melakukan aktiviti ini sebilangannya.
"Nok gapo tu" tanya seorang wanita muda kepada aku.
"Nok gapo tu" tanya seorang wanita muda kepada aku.
"nak tengok kain tudung ni, yang lain ada lagi tak" tanya aku kepada wanita tersebut. "Banyok lagi Abe, nak wi ko gewe ko? kalau untuk gewe ambik hok ni" kata wanita tersebut.
"Ish! untuk sedara la, saya ni singgle lagi la, kalau awak nak boleh saya beli untuk awak" usik aku kepada wanita tersebut hingga membuat dia ketawa hingga menampakkan sedikit senyuman manisnya.
Selepas memilih beberapa kain tudung aku ada tanya sedikit pada wanita tersebut " kedai ni awak punya ke? ramai tak orang datang selepas minyak naik ni" Jawab wanita tersebut " kedai ni mok punya saya tolong jah. Lepas minyak naik ari tu memang tok ramai orang mari sini, lo ni je baru ok sikit".
Selepas berurusan di kedai tersebut aku menuju ke Pasir Putih untuk menziarahi kawan di sana, sepanjang perjalanan aku dok terfikir patut pun MB Kelantan dan orang Kelantan cukup marah kat UMNO, Projek Pasar baru di Pekan Rantau Panjang yang berharga 8 juta pun dibatalkan semata-mata faktor politik. Aku sedih sebenarnya melihat Pekan Rantau Panjang, tak ubah seperti pekan koboi dengan sistem perparitan dan jalan serta bangunan yang tidak teratur menyebabkan pekan tersebut jauh ketinggalan berbanding pusat pelancongan membeli belah lain di Malaysia seperti Pekan Kuah di Langkawi. Walaupun sentiasa menjadi tumpuan pengunjung dan merupakan pintu masuk ke Malaysia dari Sungai Golok adalah tidak sewajarnya Kerajaan Pusat mengabaikan kepentingan Rantau Panjau kepada Malaysia.
0 ulasan:
Catat Ulasan