Hari ini saya sungguh tertarik dengan topik yang diperdengarkan oleh khatib sewaktu khutbah jumaat tengahari tadi. Topik yang dibincangkan adalah berkaitan solat dan kepentingannya. Khatib tersebut juga turut menceritakan saat Nabi Muhammad menghampiri maut, Rasulullah sempat lagi berpesan kepada umatnya supaya menjaga solat, begitu sayangnya Rasulullah kepada umatnya.
Saya sendiri pun terasa sayu mendengar khatib memperdengarkan khutbah tersebut, saya tak pasti bagaimana reaksi jemaah lain namun saya pasti ada yang menitiskan air mata mendengar kisah saat kematian Nabi junjungan kita tersebut dari mulut imam yang menyampaikan khutbah tersebut. Sekurang-kurangnya tidak ada yang tidur sewaktu imam sedang berkhutbah pada hari ini.
Isu solat seperti yang disuarakan oleh Menteri Besar Kelantan menjadi hangat sehari dua ini apabila Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat mencadangkan solat diambilkira dalam urusan perlantikkan dan kenaikkan pangkat. Namun cadangan ini dikatakan dibantah keras oleh Cuepacs. Saya merasakan anggota Cuepacs yang beragama islam itu perlu mendengar khutbah jumaat pada tengahari tadi, sedangkan Nabi Muhammad sendiri yang sentiasa mengingatkan kita perihal pentingnya solat kenapa kita umatnya ingin menolak cadangan oleh Menteri Besar Kelantan tersebut. Sedangkan kaum lain yang beragama bukan islam pun tidak berani membantah, apa asas Cuepacs ingin menolak saranan tersebut, tidak sembahyangkah mereka? pening kita dibuatnya. Orang tua pun kalau ditanya bagaimana calon menantu pilihan, tentu dijawabnya calon yang tidak pernah tinggal sembahyang. Kalau tidak percaya rujuklah kes pelakon Beego yang dikatakan tidak bersolat oleh bekas bapa mertuanya.
Tentu memalukan bukan bila kita mengetahui seseorang itu cantik dan kacak tetapi solatnya tidak. Justeru itu tidak ada salahnya kita menetapkan orang yang rajin bersolat sepatutnya ditolak kehadapan menjadi ketua, seumpama menyuruh seseoarng menjadi imam dalam solat seharian. Kerana kita sudah tentu percaya keperibadian seseorang sebelum ditolak ke depan menjadi Imam oleh kita semua.

0 ulasan:
Catat Ulasan