Sabtu, Julai 12, 2008

klip video dan kejahatan orang Melayu


Sebelum ni negara kita agak kecoh gara-gara klip video ini yang dikeluarkan oleh pihak Royal Marin United Kingdom, kekadang saya terfikir kenapa pihak Britain ingin meletakkan orang Melayu sebagai watak penjahat dalam klip video tersebut. Adakah di mata mereka orang Melayu ni sememangnya jahat? itu yang bermain difikiran saya. Setengah orang cakap nak jatuhkan umat islam, tapi pada pandangan saya kalau nak jatuhkan umat islam gambaran yang paling tepat adalah meletakkan orang Arab, kerana tak ramai orang asing meletakkan kita Malaysia sebagai imej umat islam sebenarnya.

Bila menyebut islam secara automatik yang terfikir adalah orang Arab,bila saya tunjukkan kepada kawan saya yang berbangsa asing seperti Korea dan Jepun klip video tersebut, mereka beranggapan lansung tak menyentuh orang Islam. Ini menyebabkan saya terfikir apa motif klip video ini.Cuba kita fikirkan.


Tapi kalau kita tengok situasi politik kita pada hari ini, tak salah rasanya orang luar memberi tanggapan yang negatif kepada orang kita, dengan tuduhan kes bunuh dan liwat yang dikatakan melibatkan kepemimpinan orang Melayu, secara tidak langsung merendahkan imej kepimpinan kita dimata orang luar, walaupun perkara tersebut belum tentu ada kebenaranaya

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang da adat manusia tu suka memburuk2kan sesama sendiri sebab sikap dan sifat manusia tu unik dan lain org lain caranya tgk d msia sudah la apa yg terjadi da menjadi satu fitnah dan mereka x takut balasan yg akan d terima kelak agaknya dunia dah nak kiamat

Tanpa Nama berkata...

apa yang mengaibkan lagi benda fitnah menfitnah ni melibatkan org islam