Jumaat, Julai 18, 2008

susahnya nak berubah

Perkara yang dibincangkan oleh khutbah Jumaat di sebuah masjid yang saya hadiri hari ini ialah berkaitan dengan sikap manusia yang sukar berubah. Dalam khutbah tersebut khatib memberitahu betapa sukarnya manusia hendak berubah daripada perkara tidak baik kepada baik. Dengan memberi contoh hingga mengaitkan perilaku binatang seperti kera, babi, labah-labah dan beberapa ekor binatang lain saya kira kupasan beliau agak lengkap dan menarik.

Pada saya perihal manusia yang sukar berubah sememangnya sudah biasa dikalangan kita, umpamanya masyarakat kampung begitu terikat dengan adat istiadat kaum/puak hingga mengenepikan ajaran sebenar agama. Saya masih ingat lagi peristiwa di suatu tempat di Selatan tanahair, apabila seseorang telah menghadiri kematian sewaktu sampai di rumah, orang itu tidak boleh naik terus ke dalam rumah sebaliknya perlu mandi di luar rumah dan memakai pakaian lain, baru diizinkan masuk ke dalam rumah. Saya tidak tahu mengapa amalan berkenaan masih diamalkan.

Di suatu tempat di Pantai Timur pula apabila berlaku kematian, kenduri doa selamat harus diadakan tujuh hari. Walhal benda tu tak diwajibkan pun dalam islam, tiga hari sudah pun memadai kerana tidak ingin membebankan keluarga yang terpaksa menghabiskan duit menyediakan makanan kepada tetamu, sedangkan seeloknya hanya perlu dihadiri kaum keluarga terdekat sahaja. Bila kita tanya ia merupakan lebih kepada tradisi ikutan nukan tuntutan agaman pun sebenarnya.

Tetapi yang peliknya orang kita cepat berubah bila dikaitkan dengan hiburan dan hal kemasyarakatan, tengoklah sekeliling kita pada hari ini, kalau lambat sikit je kita akan tertinggal seumpama masuk kedalam masyarakat lain. Hari ini ungkapan bro, urban, blog, Mp3 menjadi sebutan kalau sape tak tau memang ketinggalan. Tetapi dalam soal ibadah tetap sama sahaja, tiada perubahan malah lebih teruk rasanya kerana masjid hanya dikunjungi untuk solat Jumaat sahaja, nama ulama pun tidak se-glamer nama artis.


0 ulasan: