Sekarang musim orang dok bercakap pasal perkataan LIWAT, sehingga dijadikan ayat mainan oleh orang ramai. Kalau dulu nak sebut perkataan ni pun agak malu sebenarnya namun sekarang semua pandai dah sebut, malah budak sekolah pun tahu maksudnya. Ini gara-gara ia melibatkan nama besar dalam politik tanahair.
Apa yang menghairankan saya golongan yang melakukan liwat di Malaysia ini sebenarnya semakin ramai dan bercambah, kalau tak caya jengoklah laman-laman web mereka, mereka dapat berkaya sebebas-bebasnya takde pun mana-mana pihak ingin menutup laman mereka. Pelik dan ajaib betul, yang jadi sasaran untuk ditutup sekarang ini adalah laman web anti kerajaan dan reformis tetapi laman yang mencemarkan imej orang Melayu dengan pelbagai skandal seks luar tabie dibiarkan bermaharajela.
Perkara yang menyedihkan lagi kalau diteliti laman web para golongan yang terlibat dengan liwat ini terdiri daripada orang Melayu yang berpendidikkan tinggi dan ada yang bekerja disektor kerajaan, keselamatan dan profesional. Malah ada yang telah menetap diluar negara dan berbangga menjalani kehidupan seperti itu, namun begitu mereka masih lagi sayangkan agama dan bangsanya. Saya tak tahu aliran mana yang cuba diamalkan oleh golongan ini.
Sehingga saat ini aktiviti golongan ini begitu banyak di seluruh bandar besar di Malaysia, walaupun ada akhbar tabloid cuba memaparkan isu ini dan dijadikan topik utama, tapi kesannya tidaklah sehebat mana kerana seolah-olah dibiarkan oleh pihak berkuasa selepas satu operasi. Alasan pihak keselamatan biasanya tiada bukti yang kukuh, adakah kita ingin dilanda Tsunami atau gempa bumi baru nak sibuk menghapuskan kemungkaran di bumi Malaysia, masa itu mungkin kita sudah terlewat rasanya.

1 ulasan:
bkn mereka x tahu cuma mereka membiarkan pekara ini bermaharajalela malah menabur fitnah tentang liwat ini sehingga bdk2 sekolah rendah pun x tahu apa benda liwat ini ishhkk22 malu2 dah jd mcm zaman nabi lut plak dunia sekarang nie seks luar tabii nie merata bkn di luar negara malah di msia dah menjadi biasa malah seks bebas ini berlaku dimana2 rumah urut berluasa tanpa bendungan pihak berkuasa kalu ada pembenterasan ada plak barua yg memberitahu pada yg berkenaan itu la terjadi bila ada rasuah maka seks bebas ini akan berlaku dmana2 dan bila2.....agaknya bila kiamat kut baru ilang
Catat Ulasan