Apa lagi alasan Tan Sri Khalid Ibrahim agaknya mengenai tindakkan beliau bersetuju membenarkan penglibatan penajaan Syarikat minuman keras "Heikenen" pada perlawanan bolasepak persahabatan antara Chelsea dan Malaysia. Beliau mengatakan syarikat minuman keras tidak akan menjual dan memberi minuman percuma kepada penonton sepanjang perlawanan tersebut, dan ia di sokong oleh Exco Kerajaan Negeri Selangor Dr.Xavier Jeyakumar yang mengatakan syarikat minuman keras tersebut juga menghasilkan minuman lain bukan sahaja minuman keras.
Pada saya jawapan MB Selangor dan ecxonya begitu bodoh dan ingin memperbodohkan orang Islam dan penentang minuman keras. Jika alasan MB dan Exco itu boleh diterima, lebih baik kerajaan menarik balik pengharaman tajaan syarikat rokok seperti Dunhill kerana syarikat rokok tersebut turut menjual produk lain selain rokok, itu lebih bagus kepada sukan bolasepak di Malaysia daripada sumber kewangan, kerana merokok hukumnya tidaklah seteruk meminum minuman keras dan ulama masih berbelah bahagi mengenai hukum penggunanya. Namun begitu ia telah diharamkan oleh seluruh masyarakat sukan dunia kerana kesannya kepada kesihatan.
Kalau sebelum ini pihak berkuasa yang ditunjangi kerajaan Barisan Nasioanal boleh menghalang kemasukkan artis barat ke Kuala Lumpur kerana menjejaskan nilai norma masyarakat Malaysia, begitu juga tindakan pihak berkuasa di negeri Johor yang menghalang konsert penyanyi Dangdut "Inul" dari Indonesia mengadakan persembahan. Apakah alasan yang ingin diberikan oleh Pakatan Rakyat khususnya Menteri Besarnya. Sesungguhnya MB selangor yang telah merestui persembahan penyanyi dangdut Mas Idayu di Stadium Shah Alam tempoh hari harus merasa malu kepada kerajaan Negeri Johor.
Kalau setakat nak belajar bolasepak, banyak lagi pasukan bolasepak lain yang bagus di dunia pada hari ini, kenapa MB selangor begitu mempertahan pasukan Chelsea yang dikatakan dimiliki oelah orang Yahudi Rusia. Kepada PAS Selangor tak malukah anda kerana berkompromi mengenai hal ini. Sesungguhnya persetujuan tajaan syarikat minuman keras itu bermakna kita menerima imej pengaruh Yahudi dan Kristian yang sentiasa ingin melalaikan orang islam. Seperkara yang menarik ia juga telah melanggar peraturan periklanan di Malaysia, dan ia dihalalkan oleh Pakatan Rakyat dibawah MB Selangor.

3 ulasan:
Assalamualaikum sdr Puteraf,
Alamak, betul kah? Saya pun tidak tahu menahu tentang hal ini. Jika benar, maka MB Selangor sudah tersasul, tersilap membuat keputusan! Saya sangat berharap semoga PAS dapat menegur & HALANG dari penajaan minuman keras ini terjadi.
Dato' Hassan Ali kena bertegas prinsip ISLAM yang kita junjung.
orang kita terlampau berkompromi sehingga melangkau apa yang tidak dibenarkan agama
majori penonton bola distadium negara kita orang Melayu? apa sahaja alasan diberikan adalah tidak wajar
Catat Ulasan