Ahad, Julai 20, 2008

pilihanraya 2008: di mana kedudukkan Islam

Selepas pasca pilihanraya ke 12 sehingga kini, dunia politik Malaysia masih lagi terumbang ambing, kedua pihak iaitu Barisan Nasional diketuai UMNO masih mengatakan mereka masih kuat sementara Pakatan Rakyat melalui Parti Keadilan Rakyat mengatakan mereka akan dapat mengetuai kerajaan pada bulan-bulan terakhir ini. Perbalahan yang berterusan ini ibarat kata sesetengah penganalisis gajah sesama gajah berperang semut yang kecil akhirnya yang akan mati. Bermaksud dua pihak politik yang sama gagah bergaduh akhirnya rakyat yang menderita di tengah kekalutan ekonomi dunia yang semakin mengalami krisis, kenaikkan harga barangan dan peningkatan kadar jenayah di Malaysia.
Bagi orang Melayu dan Islam keadaan lebih parah lagi, merujuk kata Timbalan Presiden PAS didalam sebuah akhbar hari ini yang mengatakan ketuanan islam makin tergugat yang menjadi punca Islam PAS sanggup bermuzakarah dengan pihak UMNO. Kenyataan ini ada benarnya apabila generasi muda bukan Islam Malaysia pada hari ini agak lantang menjuarai isu yang dikatakan dikriminasi kepada mereka. Mereka ini seoah-olah meminta kalau ada masjid dibina juga gereja dan rumah ibadat lain harus, begitu juga dalam kebanykkan amalan lain. Pandangan yang berbentuk demokrat sosialis ini dijuarai oleh parti DAP dan PKR sehingga sanggup menolak asas pembentukkan negara ini yang merupakan negara Melayu Islam.
Baru-baru ini saya berkesempatan berborak dengan seorang lelaki cina berumur sekitar 55 tahun dia berkata begini kepada saya:
"Awak tahu tak kenapa saya mengundi BN pada pilihanraya lalu? walaupun kesemua anak saya mengundi DAP dan PKR" . Saya tanya kembali kepada lelaki tua tersebut apa maksud beliau.
"Saya mengundi BN sebab saya tak nak situasi ketegangan kaum seperti pada hari ini berlaku, lu tengok orang melayu sekarang macam nak bergaduh dengan orang cina, orang cina macam saya tahu ini bumi Tanah Melayu ada Raja dan peraturan mereka sendiri, kami kena hormat penduduk asal negara ini, lagipun kat Malaysia sahaja ada pelbagai bangsa hidup dalam satu negara".
Kenyataan lelaki cina ini membuatkan saya terfikir adakah sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini gagal dalam menceritakan sejarah sebenar asas penubuhan negara kita. Iaitu sejarah bumi ini memang milik orang Melayu dan Islam merupakan agama utama yang tidak boleh diperbandingkan dengan mana-mana agama sekalipun.
Pada hari ini orang bukan Islam semakin berani ingin menafikan hak agama islam sebagai agama rasmi di Malaysia, sebagai orang islam kita harus berdukacita mengenai perkara ini. Kesilapan ini berlaku mungkin disebabkan kealpaan kepimpinan Melayu beragama islam sebelum ini yang bertindak tidak secara adil kepada bukan Islam, kesannya orang bukan Islam menggangap Islam agama yang tidak adil kepada mereka.
Jesteru itu persetujuan dua pihak iaitu Parti PAS dan UMNO untuk bermuzakarah harus diraikan oleh masyarakat islam di Malaysia. Kedua-dua pihak seharusnya jujur untuk mencari penyelesaian untuk meninggikan martabat islam di Malaysia. Jika orang india bergama Hindu begitu berani menyuarakan pendapat mereka melalui HINDAF, dan orang Cina melalui pelbagai pertubuhan pendidikan dan kebudayaan Cina . Mengapa kita orang Melayu dan Islam asyik bergaduh dan hanya melihat sahaja? .




0 ulasan: