"Awe nak make nasi gapo tu" tanya seorang Makcik kepada aku di sebuah kedai makan di Kota Bharu.
"Nasi apa ada makcik" aku bertanya balik kepada makcik tersebut, yang aku agak umurnya sekitar lima puluh tahun. "Nasi kerabu ada, nasi berlauk ada, nasi dagang ada, nasi kapit pun ada kuah kacang, nok hok mano so awe?" Jawapan makcik kepada diriku, kemudian lantas aku memberitahu aku inginkan nasi kerabu dan teh o kurang manis.
"Na nasi kerabu so, meja depan ni" ucap makcik tersebut kepada seorang perempuan" . Aku lihat di sekeliling aku terdapat ramai orang sedang menikmati sarapan pagi, sambil membaca akhbar Sinar Harian. Aku dapati strategi Sinar Harian memang bagus untuk menarik pembaca baru. Kalau dahulu akhbar hanya dibeli oleh golongan tertentu sahaja. Tetapi bila aku perhatikan di Kelantan semua orang memilikinya termasuk golongan yang selama ini dipinggirkan oleh ahkbar arus perdana lain.
Retorik yang mengatakan orang Melayu malas membaca akhbar sebenarnya sudah salah, kerana perangkaan mendapati jumlah edaran Sinar Harian di Kelantan melebihi 50 ribu naskah sehari dan merupakan akhbar popular di Kelantan. Selama ini ramai yang tidak ingin membaca akhbar perdana lain mungkin disebabkan kandungan akhbar lain yang ingin memperbodohkan mentaliti orang Melayu.
Jika orang Cina begitu mempertahan kebebasan akhbar mereka, kenapa agaknya kita gagal mendapatkan hak itu. Alhamdulillah dengan terbitnya Sinar Harian suasana itu sedikit berubah dan sekaligus menafikan orang Melayu malas membaca.
"Abe ni nasi kerabu" ucap seorang pembantu kedai makan hingga menyebabkan aku terkejut, sambil tersenyum aku mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut yang kelihatan agak manis dengan tudung bawal yang dipakainya, ditambah dengan keayuan gadis Kelantan.
Selesai makan di kedai tersebut aku terus menuju ke Pasar Siti Khadijah di pusat Bandar Kota Bharu.
Pada aku walaupun bandar ini telah ditukar namanya kepada Bandaraya Islam, namun mentaliti pemikiran warganya masih di takuk lama. Kalau tak percaya lihatlah kotornya bandar tersebut amat memalukan orang Melayu dan Islam.Agaknya Menteri Besar Kelantan pun dah pening kepala nak menyelesaikan perkara ini, kerana banyak kali pesanan beliau tidak diikuti orang Kota Bahru.
Aku juga terkejut dengan kotornya tandas di stesen bas SKMK, jalan pendek berhampiran pasaraya The Store, agak meloyakan sesiapa yang ingin membuang hajat disitu. Agak hairan bagaimana tempat yang menjadi tumpuan orang ramai boleh dibiarkan kotor. Tidak berbaloi rasanya membayar harga di pintu masuk tandas tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan