Jumaat, Jun 27, 2008

Pelajar ASWARA hasilkan FILEM GAY?

Bila saya menonton hasil kerja pelajar ini yang dikatakan produk keluaran ASWARA iaitu IPT bertaraf universiti milik Kementerian Kebudayaan, Keseniaan dan Warisan (KEKKWA) saya mengucap panjang, saya rasa belum pernah lagi filem pendek dari pelajar dari IPTA lain dibawah Kementerian Pengajian Tinggi menghasilkan filem bercorak sedemikian. Mungkin disebabkan terlalu hebatnya akademi ini pelajar mereka pun terlalu kehadapan berbanding pelajar IPT lain dalam mencurahkan idea membikin filem.
LIHAT DISINI (klip ini mungkin mengandungi adegan tidak sesuai untuk ditonton oleh manusia berfikiran normal)

Situasi yang menyedihkan lagi filem pendek bertema GAY ini telah diarahkan oleh orang Melayu beragama islam dan pelakonnya juga beragama islam. Sudah tiadakah tema lain yang ingin diangkat hingga tema sedemikian yang dipilih. Dimanakah maruah pengarah dan pelakon filem ini, adakah mereka sengaja ingin memperlekehkan ajaran islam dan adat orang Melayu. Slogan "filem kita wajah kita" yang diangkat oleh Finas yang juga agensi dibawah KEKKWA pun langsung tidak diikuti oleh ASWARA.
Perkara yang menyedihkan lagi, tidak ada mana-mana pihak pun membantah karya ini, pada saya ini amat serius kerana penghasilan karya ini oleh pelajar yang dikeluarkan oleh institusi IPT kerajaan secara tidak lansung menunjukkan kerajaan Malaysia pun merestui pemikiran pelajar tersebut sedangkan islam yang dijadikan agama rasmi di Malaysia mengharamkan perlakuan didalam filem tersebut.

2 ulasan:

Salam Ukhuwah... berkata...

itu yg terjadi bila tiada individu yg membawa ideologi agama yg berteraskan Tauhid... semua akan jadi caca marba...

akhie, artikel yg punya nilai amar makruf atau nahi mungkar terhadap perlakuan masyarakat kita semuanya atau sebahagiannya, boleh la terbitkan di TKO. Mg kesedaran ini dapat dikongsi bersama...

klu tak baca artikel akhie ni, saya pun tak tau...

syukran ala kulli hal..

TukangKritik berkata...

kalau tomato nak ambik untuk disiarkan ambik la..terima kasih maklumbalas