Khamis, Jun 26, 2008

aku merungut tentang nasib bahasa lagi

Hari ini saya sempat mengisi petrol di sebuah pam minyak, apa yang saya seronok hari ini saya dilayan oleh seorang warga Nepal yang begitu fasih bercakap bahasa Melayu.
" Selamat petang encik mahu berapa ringgit minyak" tanya lelaki Nepal kepada saya.
"bagi lima puluh ringgit" jawab saya, kemudian saya bertanya lagi kepada pemuda tersebut "awak dah berapa lama datang bekerja kat Malaysia?"
"baru lima bulan saya tiba dari Nepal encik" balas lelaki tersebut dengan menggunakan bahasa Melayu yang amat baik.

Kemudian saya bertanya lagi kepada lelaki Nepal tersebut bagaimana dia boleh bertutur bahasa Melayu dengan begitu baik. Jawapan dia sungguh mengkagumkan saya, dia memberitahu dia sekarang sudah berada di Malaysia, oleh itu dia harus cepat belajar bahasa Melayu jika ingin bekerja lama di Malaysia.

Jawapan lelaki Nepal tersebut membuatkan saya berfikir bagaimana dengan orang Cina dan India warganegara Malaysia yang masih tak reti berbahasa Melayu sedangkan mereka sudah tinggal di Malaysia sudah berpuluh tahun. Bahkan yang lebih teruk lagi wakil rakyat DAP dan PKR pun ramai yang tidak fasih berbahasa Melayu. Nasib baik peraturan di Dewan Rakyat hanya menetapkan bahasa Melayu boleh digunakan sebagai medium perbahasan, jika tidak maka lenyaplah bahasa Melayu buminya sendiri.

Dalam tempoh akan datang kita tak pasti sejauh mana kedudukan bahasa Melayu. Ini kerana sehingga kini tidak ada lansung komitmen dari parti DAP atau PKR untuk mendaulatkan bahasa Kebangsaan, yang diperjuangkan hanya kewujudan sekolah Cina dan Tamil.
Manakala parti bukan Melayu lain yang berada dalam Barisan Nasional pun lebih kurang sama semuanya lansung tak berminat nak menggunakan bahasa Melayu. Perkara yang menyedihkan lagi ialah Parti UMNO dan PAS yang mewakili orang Melayu pun tidak bersungguh menperjuangkan bahasa Melayu lantaran menjaga kepentingan politik.

0 ulasan: