Sesudah selesai solat zuhur di Masjid Jamek Kuala Lumpur tengahari tadi, saya megambil keputusan berehat sambil mendengar tazkirah yang diberikan oleh ustaz di Masjid tersebut.
Selesai mendengar tazkirah saya menuju ke arah pintu keluar masjid, tiba-tiba terserempak dengan seorang lelaki berkulit cerah sedang melihat persekitaran masjid dan orang sedang bersolat dalam masjid tersebut. Saya mengambil keputusan menyapa lelaki tersebut dan bertanyakan adakah dia bukan islam. Dia sambil tersenyum menganguk memberitahu dia bukan muslim dan berasal dari Korea Selatan.

Sewaktu saya sedang berbual dengan lelaki Korea tadi tetiba datang seorang lelaki dengan wajah yang masam menuju ke arah lelaki Korea sambil menunjukkan kawasan masjid tersebut tidak dibenarkan masuk, saya tidak tahu sama ada lelaki tadi adalah petugas masjid atau jemaah masjid. Namun pada pandangan peribadi saya merasakan tindakan lelaki tadi dengan wajah yang bengis tanpa penjelasan yang baik terhadap lelaki korea tersebut adalah amat tidak wajar, kerana boleh memberi persepsi yang tidak baik kepada agama islam.
Jesteru itu saya lantas mengejar lelaki korea tadi yang telah menuju ke stesen LRT Masjek Jamek, dengan meminta maaf dia memberitahu dia tidak tahu bahawa masjid merupakan kawasan larangan orang bukan islam. Kenyataan lelaki Korea itu membuatkan saya ingin memberikan penjelasan yang sebenarnya kepada lelaki itu kerana takut dia begitu takut dengan islam selepas ini.
Saya bertanyakan kepada lelaki itu mengapa dia berminat melihat orang islam sedang bersolat, lelaki itu menjelaskan penganut islam di Korea tidak ramai justeru itu dia ingin tahu mengenai islam lebih mendalam, dan ingin bandingkan dengan agama lain di dunia ini. Dengan sedikit ilmu yang ada saya cuba membantu beliau selain itu saya juga turut memberi panduan kepada lelaki Korea tadi tempat yang seharusnya beliau kunjungi untuk memudahkan pemahaman beliau terhadap islam.
Dalam hati saya terfikir bagaimana agaknya dia berfikir terhadap islam jika saya tak meyampaikan maklumat sebenarnya kepada dirinya atas apa yang berlaku kepadanya di Masjid Jamek .

4 ulasan:
Sepatutnya masjid dibuka juga untuk org asing untuk mengenali Islam. Kita buat peraturan seperti tutup aurat dan kebersihan diri (spt basuh kaki sebelum masuk).
man
org melayu ni fikiran terlalu tertutup.... dia tak ikut kaedah islam sebenar... haru betul
non muslim bley masuk masjid.asal ko xajak dia masuk jer.
dia dah berada dalam masjid masa tu, tapi kena halau..takkan aku nak nergaduh dengan orang tu...
Catat Ulasan