Rabu, Mei 07, 2008

Pilih akhbar






Bila meneliti tajuk utama akhbar pada hari ini pening kepala nak memilihnya, akhbar perdana Melayu tajuknya begini, akhbar perdana bahasa Inggeris macam ni, akhbar tabloid macam tu, nasib baik saya tak faham bahasa Mandarin kalau tak lagi pening. Tapi saya cukup tertarik dengan isu yang dijadikan sebagai tajuk utama oleh akhbar-akhbar ini.

Kalau kita perhatikan tajuk utama yang ditampilkan dalam akhbar berbahasa Melayu lebih menjurus kepada berita yang berkaitan politik, tetapi berbeza pula dengan akhbar berbahasa Inggeris.
Saya terfikir sampai bila agaknya minda pembaca orang Melayu hanya dimomokkan berita sebegini. Tidak adakah isu yang lebih baik untuk ditonjolkan untuk tatapan pembaca. Propaganda politik yang berlebihan dalam akhbar berbahasa Melayu sebenarnya sedikit sebanyak mencerminkan minda orang Melayu sendiri, sebelum pilihanraya suka berpolitik habis pilihanraya pun segala hal dipolitikkan. Bila masa agaknya orang Melayu bekerja?


Adakah kita orang Melayu tidak malu dengan matangnya kepimpinan Tan Sri Koh Tsu Kon iaitu bekas Ketua Menteri Pulau Pinang menerima kekalahan partinya kepada DAP. Kenapa agaknya kepimpinan Melayu Umno begitu sukar menerima kekalahan hingga semua dipersalahkan. Tidak bolehkan UMNO berlapang dada dan menghormati pilihan rakyat kerana jika prestasi wakil pembangkang tidak bagus nescaya undi pada pilhanraya akan datang kembali kepada UMNO dan Barisan Nasional.
Tindakan media berbahasa Melayu memainkan sentimen kepartian dalam kandungannya akan menyebabkan media berbahasa Melayu akan terus ketinggalan dalam meraih kuasa beli yang tinggi, dan kesannya industri surat khabar Melayu akan menjadi lesu dan orang Melayu semakin malas nak membaca. Adakah kita tidak malu jualan akhbar berbahasa Melayu di negara kita adalah lebih rendah daripada jualan akhbar berbahasa cina dan inggeris sedangkan bahasa Melayu adalah bahasa Kebangsaan.








0 ulasan: