Semalam anak buah saya yang berumur lima tahun ada bertanya, siapa Raja Melayu dan siapa Raja Malaysia? Terkedu saya bila mendengar soalan itu, mungkin anak sekecil itu merujuk kepada akhbar yang dibacanya. Akhbar berbahasa Inggeris sering menyebut King of Malaysia bagi mengambarkan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, manakala akhbar Melayu sering menulis perkataan Seri Paduka Yang Dipertuan Agong bagi mengambarkan pemerintahan beraja di Malaysia.
Akhbar Melayu juga sering menyatakan dalam akhbar bahawa Raja merupakan benteng terakhir orang Melayu, mungkin itu yang menyebabkan Raja selalu dikaitkan dengan gelaran Raja Melayu.
Adakah Raja Melayu tidak berhak dikaitkan dengan masyarakat bukan Melayu? Adoi pening kepala saya dibuatnya, nampaknya kena buka buku perlembagaan negara lepas ni bagi mudah memahami fungsi Raja dan menerangkan kepada anak buah saya dengan cara lebih berkesan.
Kalau kita amati dalam Rukun Negara terdapat perkataan ini:
"Kesetiaan kepada Raja dan Negara"
Prinsip kedua ini dalam Rukun Negara ini dibaca oleh kita sewaktu di sekolah rendah lagi dan dihayati oleh semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.
Tapi yang peliknya mengapa sewaktu perhimpunan HINDRAF dulu orang India yang memiliki kewarganegaraan Malaysia menjunjung tinggi gambar Mahatma Ghandi, dan gambar itu dibawa dengan bangganya.
Manakala sebaliknya berlaku sewaktu perhimpunan diadakan di hadapan Istana Negara satu ketika dulu yang dianjurkan golongan NGO dan parti pembangkang yang dikenali sebagai BERSIH dan mereka ingin mengadu kepada YDP Agong mengenai perjalanan pilihanraya di Malaysia. Hampir kesemua pemimpin tertinggi penganjur dan pembangkang hadir malah Lim Kit Siang juga turut ada bersama. Penganjuran ini membuktikan orang berketurunan Cina pun memperakui kedaulatan YDP Agong, secara tidak lansung membuktikan Agong merupakan payung kepada Rakyat Malaysia, bukan sahaja kepada orang Melayu.
Manakala sebaliknya berlaku sewaktu perhimpunan diadakan di hadapan Istana Negara satu ketika dulu yang dianjurkan golongan NGO dan parti pembangkang yang dikenali sebagai BERSIH dan mereka ingin mengadu kepada YDP Agong mengenai perjalanan pilihanraya di Malaysia. Hampir kesemua pemimpin tertinggi penganjur dan pembangkang hadir malah Lim Kit Siang juga turut ada bersama. Penganjuran ini membuktikan orang berketurunan Cina pun memperakui kedaulatan YDP Agong, secara tidak lansung membuktikan Agong merupakan payung kepada Rakyat Malaysia, bukan sahaja kepada orang Melayu.
Tetapi kenapa agaknya HINDRAF begitu ya..? Pengerusi DAP (tak payah sebut nama la ya) pun agak kritikal juga menyentuh pasal Sultan dan Agong dan juga Negara Islam, pening dibuatnya kepala ni. Maklumlah orang Melayu ni terkenal dengan lemah lembut dan kesantunan, kalau nak menegur pun kena bersopan pesan orang tua he he...
Kalau kita lihat sejarah pembentukan negara, kita mempunyai sembilan negeri beraja, dan negeri yang tidak beraja seperti pulau pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak di ketuai oleh Yang Dipertua melalui pelantikan daripada Agong.
Kalau kita amati kehadiran pengaruh Sultan Melayu memang jelas kelihatan kepada setiap negeri beraja di sembilan negeri tersebut dan sentiasa dibincangkan oleh rakyat jelata baik orang Melayu atau bukan Melayu. Secara umum mereka menghormati dan faham peranan dan kedudukan istana.
Tetapi bila kita pergi ke negeri yang tiada Raja atau Sultan, pengaruh institusi Raja tidak begitu jelas dan mereka yang tinggal di negeri tersebut agak kekok untuk berhadapan dengan isu dan peranan Sultan atau Raja. Saya banyak meneliti pandangan seseorang yang lahir di negeri beraja dengan pandangan seseorang yang dilahirkan dinegeri yang ada tidak ada Raja. Apa yang dapat saya katakan terdapat perbezaan cara mereka memberi pandangan apabila isu Raja dan Sultan dibangkitkan. (walaupun ini tidak boleh dijadikan indikator sepenuhnya)
Saya ada juga membaca mengenai sejarah lampau benua India, seperti yang kita ketahui suatu masa dahulu tidak ada negara Pakistan, Bangladesh atau India, yang ada hanya satu India dan negara ini pernah diperintah oleh ratusan Maharaja dan yang paling menonjol adalah pemerintahan Maharaja Monggol yang beragama Islam.
Kesan pemerintahan Islam Monggol di India telah menyebabkan berlakunya pelbagai persengketaan seperti peperangan antara raja hindu dan islam, dakwaan kuil hindu diroboh digantikan dengan masjid, orang hindu dipaksa masuk agama islam dan sebagainya, walaupun sesetengahnya boleh dipertikaikan oleh ahli sejarah. Kadangkala saya terfikir adakah pengerusi DAP terlalu kririkal pandangannya terhadap peranan institusi Kesultanan dan Islam sebab terkait dengan sejarah lampau negara asal penduduk keturunan India iaitu India, saya mengharapkan beliau dan HINDRAF tidak berfikiran begitu kerana kita adalah warganegara Malaysia hak kita dijamin oleh perlembagaan.
Kalau kita membaca sejarah negara China samaada sewaktu pemerintahan kerajaan Mancu, Genghis Khan atau zaman Dinasti Ming atau yang lainnya. Hubungan antara orang islam dan bukan islam amat harmoni dan mereka hidup saling berkait tanpa tercetus perang yang melibatkan antara agama. (kita ketepikan etnik uighur Islam ditindas di Xinjiang kerana ia berlaku pada era komunis). Malah Laksamana Cheng Ho yang dikatakan beragama islam telah diutus oleh Maharaja China ke pelbagai negara untuk tujuan muhibah dan menjalinkan hubungan dengan negara lain. Sewaktu singgah di Melaka terdapat sumber mengatakan terdapat 500 orang telah diserahkan Maharaja China kepada Sultan Melaka untuk dijadikan rakyat negeri Melaka bagi menemani Puteri Hang Li Po.
Adakah ini yang menyebabkan orang Cina yang berada di Malaysia lebih tertib bahasanya terhadap institusi kesultanan Melayu dan Islam.
Kadang-kadang pening kepala bila kita memikirkan pembentukan tamadun sejarah dunia, namun ia adalah kebenaran yang ternyata sukar disanggah dan sedikit sebanyak mempengaruhi kehidupan manusia.
0 ulasan:
Catat Ulasan