Apakah makanan yang paling sedap di Malaysia selain makan di hotel? tanya seorang rakan kepada kepada saya. Sukar untuk saya mengatakan tempat yang paling sedap maklumlah lain orang, lain citarasanya dan lain orang, lain lidahnya. Walaupun begitu saya boleh mencadangkan beberapa tempat yang saya suka pergi, diulangi saya suka pergi, orang lain tak tahu la suka ke idak he he he...
Saya juga tak pasti beberapa tempat ini masih wujud atau tidak maklumlah sesetengah mereka ni peniaga biasa aje, yang mungkin terdedah dengan pelbagai cabaran dan persaingan. Manakala sesetengah tempat lupa letak kat mana alamatnya.
PERLIS
Di negeri Indera Kayangan ini kebanyakkan menunya amat disukai saya terutama nasi kampung dengan pelbagai ulam-ulaman yang tidak pernah ditemui di tempat lain. Saya paling suka dengan makan ikan bakar dekat Kuala Perlis kerana ikannya segar. Selain itu pulut mangga pun boleh tahan kesedapannya, buah Mangga Perlis lebih sedap dari mangga tempat lain mungkin sebab Perlis dah masuk zon tropika macam Thai kut sebab tu rasa buahnya sedap, makanan ni banyak terdapat kat seluruh Perlis tak pun gi ziarah rumah orang kampung kat Perlis nanti mereka hidang makanan ni he he..
KEDAH
Kalau nak makan Laksa boleh pergi Kuala Kedah, sedapnya memang melampau saya tak tahu masih wujud ke tidak kedai tu di Kuala Kedah maklumlah dah lama tak pergi, kalau ke Alor Star saya suka makan gerai di tepi jalan yang terletak di jalan menuju airport Kepala Batas sebelum Istana Anak Bukit (tak tahu nama tempatnya) pelbagai makanan seperti mihun sup ada disitu.
PULAU PINANG
Di pulau ini keenakkan Char Kuew Teow Padang Kota Lama memang tidak boleh ditandinggi begitu juga dengan nasi kandar Line Clear atau Kayu memang terangkat. Selain itu saya juga suka pergi ke Teluk Tempoyak menu istimewa kat sana ialah ikan bakar, sementara di sebelah Balik Pulau satu-satunya Mee di Malaysia dijual iaitu MEE GULUNG, pelik tapi sedap.
PERAK
Di Bandaraya ni kalau tak pergi ke kedai MEE RAMLI tak sah, kedai yang terletak di jalan yang menghala ke Kuala Kangsar (kalau tak silap saya la) ni sentiasa penuh, saya amat suka dengan tahap kebersihan dan cara mee dihidangkan kepada pelanggan. Sementara di Kuala Kangsar gerai makan berhampiran stesen keretapi pun sedap, kawan saya panggil MEE keretapi he he...Di restoran Tasik Raban pula kita boleh menikmati kesedapan ikan air tawar segar yang dihidangkan disitu, samada makan di restoren tersebut atau di hentian rehat Jambatan Raja Nazrin jalan baru menuju ke Grik, kita diberi pilihan memilih pelbagai jebis ikan air tawar segar dengan harga yang berpatutan.
KELANTAN
Kat kelantan pilihan makanan banyak sangat tapi saya suka masakan di Restoran yang terletak dekat Taman Orkid Pengkalan Chepa yang menghidangkan makanan kampung seperti ikan dan ayam percik serta ikan dan ayam bakar pencicahnya sedap. Sementara nasi kukus dekat Stadium Sultan Muhammad Ke iV turut menjadi pilihan. Nasi Lemak Burung Puyuh kat tengah bandar Tanah Merah pun boleh tahan juga rasanya.(yang terkini saya tahu kedai tu terbakar dalam kebakaran)
TERENGGANU
Kat negeri penyu ni saya amat suka makan Nasi Dagang kat kedai makan yang terletak selepas jambatan kalau datang dari Marang, kari ikan tongkolnya memang BEST. Susah nak cari kat tempat lain. Rasanya makcik tuan punya kedai ni pernah kuar TV dulu gara2 dikatakan mahal ikan tongkolnya. Tapi pada saya memang cukup berpatutan harganya sebab sedap.
PAHANG
Saya mempunyai pengetahuan yang sedikit mengenai masakan di Pahang, walaupun begitu makan ikan bakar kat Tanjung Lumpur boleh tahan juga kesedapannya. Dekat Temerloh banyak jual ikan patin masak tempoyak tapi saya tak suka, kalau kat rompin boleh la cari udang galah kat sana.
SELANGOR/KL
Kat sini pun banyak tempat makanan sedap tapi tempat yang suka pergi kat Tanjung Harapan tu ada medan jual ikan bakar@makanan laut, selain tu ikan bakar belakang istana tapi terlampau ramai orang susah nak cari meja kalau waktu puncak, Nasi Beriani gam kat sebelah uniten pun ok gak walaupun mahal sikit tapi puas hati,dan gerai nasi kukus kat hentian sebelah KESAS mengancam dengan ayam goreng berempah dan ikan bakar dan paling penting parking kereta dan tempat duduk banyak.
NEGERI SEMBILAN
saya paling suka ngan masakan negeri ni semuanya taruk cili api, terutamanya Daging Salai masak lemak cili padi masakan ni boleh di cari di negeri ni, tapi saya lebih suka makan sekiranya dimasak oleh orang kampung he he...fuh terangkat. Selain tu kalau nak merasa ais cendol yang sedap boleh singgah kat warung Pak Leman (kalau tak silap) terletak di kawasan rehat jalan Senawang ke Pekan Rembau, saya bagi gred ais cendol no 1 di Malaysia, murah dan sedap...
MELAKA
Walaupun negeri glamer dengan masakan asam pedas tetapi saya tidak berapa menggemarinya, oleh itu saya tak masukan dalam pilihan saya... Kat Melaka ni saya sebenarnya lebih suka Makan Ikan Bakar kat umbai tu, banyak pilihan tapi kena berwaspada ada kedai yang harganya terlampau mahal dan suka mengenakan pelanggan.
JOHOR
Kat Johor ni elok pergi Batu Pahat kedai selepas jambatan yang menjual Nasi Beriani Gam, nasinya memang sedap, saya pernah mengikuti proses memasak nasi ni memang rumit, mungkin itu yangmenyebabkan ia sedap. Ada pelbagai pilihan lauk yang diberikan. Bila saya tengok nasi yang dimasak di Yaman hampir ada persamaan. Mungkin resepi asal nasi ni dibawa dari Tanah Arab oleh orang Melayu keturunan Arab yang ramai menetap di Muar dan Batu Pahat. Manakala kat Johor Bahru lebih suka pilih makanan kat Restoran Singgah Selalu dekat Danga Bay, menunya pelbagai dan tempatnya bersih sangat yang paling best udang goreng mentega.
SARAWAK
Kat sini susah saya nak cari kedai makan yang memenuhi selera saya, maklumlah lidah lain...tetapi ayam panggang (orang sarawak panggil manok manggang ke apa saya dah lupa) bawah Jambatan Petra Jaya (kalau tak salah saya) yang menghubungkan Kuching Utara dengan Kuching Selatan merentasi Sungai Sarawak memang sedap dan ada rasa, ia berbeza dengan ayam panggang di semenanjung. Restoran Cina di Wisma Satok pun boleh tahan menunya. Di Mukah jangan lupa beli umai di pasar Mukah kerana ia sememangnya sedap sebab dibuat dengan ikan Tenggiri segar dan kita boleh lihat cara ia dibuat di depan mata tanpa dimasak menggunakan kuali dan periuk.Cuba ya..
SABAH
Dekat Kota Kinabalu pun sukar saya nak mencari kedai memenuhi selera saya, maklumlah lidah lain he he... Tapi jika ke pantai timur sabah iaitu Tawau atau Semporna jangan lupa makan nasi kuning, nasi ni kalau orang semenanjung cam nasi lemak le.. pagi-pagi sudah ada dijual di kebanyakkan kedai.Tapi kat sebelah Tawau ni saya amat suka dengan nasinya rasanya tak sama cam di Semenanjung. Beras cap apa tak tahu la..beras bukit rasanya.
Saya rasa itu je yang saya dapat cadangkan, tempat lain kena pergi sekali lagi baru boleh rasa sedap ke tidak. Sekali lagi saya memberitahu tempat-tempat ni merupakan tempat kesukaan saya, ada banyak tempat makan lain yang saya pergi tapi saya tak beritahu sebab tak memenuhi selera saya... makan di hotel lebih sedap la maknanya tu, he he..
0 ulasan:
Catat Ulasan