Komputer saya rosak, emosi saya tak begitu stabil dua tiga hari ini geramnya kenapa la boleh meragam komputer nie... Namun begitu bila saya membaca akhbar dan menonton tv mengenai perkara ini saya ketawa semula:
1. Sebuah keluarga keturunan India minta Adun Taman Medan tunai janji sediakan rumah gantian kerana keluarganya tidak sanggup lagi tinggal di balai raya di Petaling Jaya. Menurut kata pengadu itu kepada media wakil rakyat pun hanya pandai berjanji.
2. Demi membela rakyat Bandar Bukit Mahkota, ahli Parlimen Segambut sanggup dipukul Polis ketika pihak yang memperolehi konsesi Lebuhraya Tol Cheras Kajang iaitu pihak Grand Saga ingin membina kembali halangan yang diruntuhkan oleh penduduk Taman Bandar Mahkota.
3. Seorang penulis akhbar tabloid Siasah mengkritik YB daripada pakatan rakyat kerana gagal menyediakan hujah bermutu berbanding YB dari Barisan Nasional sewaktu sidang perbahasan Parlimen minggu lepas.
Seperti yang saya katakan sebelum ini YB bukanlah pusat kebajikan, sebaliknya mereka merupakan pengubal undang2 samada peringkat negeri atau pusat. Saya tak tahu kenapa kes di Petaling Jaya timbul, kalau fikir logik ada ke masa YB tu nak cari rumah untuk pengadu tu, dengan tugas Timbalan Speaker kepada DUN Selangor, komitmen kepada parti dan sebagainya. kenapa dia yang berjanji nak sediakan rumah. Sepatutnya yang berjanji sediakan rumah adalah pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau pihak berkaitan seperti kerajaan tempatan, kalau mereka tak buat kerja YB boleh tegur mereka, ini dah terbalik YB yang berjanji nak sediakan rumah (saya harap berita tu tak betul) media pun seharusnya membetulkan pesepsi ni kenapa nak dituju kepada wakil rakyat halakanlah tanggunjawab itu kepada pihak sepatutnya.
Tindakan Ahli Parlimen Segambut pun lagi luar biasa sampai sanggup ditumbuk agaknya dia nak jadi hero rasanya kepada penduduk tu. Memanglah cara polis tu tak wajar, tapi tak ada cara lain ke si Yb tu untuk mencari kaedah selesaikan benda tu. Tindakan pemegang konsesi lebuhraya menutup jalan atau akses kepada penduduk memang 100% lagi tidak wajar kerana laluan tu merupakan laluan umum sebelum ini. Kawasan kejadian itu dikuasai oleh parti yang sama diwakil YB tersebut dan parti itu turut bersama memerintah kerajaan negeri seharusnya gunakanlah cara yang sebaiknya. Penduduk kawasan itu juga mengatakan mereka kecewa kerana Menteri Besar Selangor tidak mahu turun ke lokasi kejadian, Ei pening kepala saya pikir takkanlah masalah itu pun nak YAB Menteri Besar turun banyak lagi masalah negeri yang perlu dilaksanakan. Inilah masalahnhya bila YB dianggap pusat kebajikan.Saranan perbincangan diadakan antara pihak konsesi, dengan penduduk dan wakil kerajaan negeri amat tepat sekali.
Sementara itu penulis akhbar Siasah mengatakan kualiti perbahasan minggu lepas lebih memihak kepada YB Barisan Nasional, dia mengatakan YB Pakatan rakyat lebih sibuk meraikan kemenangan dengan mengadakan ceramah disana dan disini hingga terlupa nak menyediakan bahan yang lebih bermutu dalam perbahasan. Saya tak tahu betul ke tidak kerana saya tak dengar sepenuhnya. tetapi saya merasakan kemungkinan adalah betul jika berdasarkan kejadian di atas.
Saya tak tahu la siapa yang harus dipersalahkan dalam soal ini, mungkin juga YB dari Barisan Nasional sebelum ini kerana terlalu menjadikan YB pusat kebajikan, jadi mentaliti rakyat memang mengatakan YB adalah pusat kebajikan. Kegagalan YB memberikan komitmen yang baik kepada perbahasan akan menyebabkan Ordinan atau Akta yang dipinda akan menjadi Ordinan atau Akta yang tidak disukai oleh rakyat sekiranya dilaksanakan dan boleh membawa kepada kehancuran kepada sesebuah negara.
0 ulasan:
Catat Ulasan