Selasa, Mei 06, 2008

hyatt hotel, Cairo dilarang jual minuman keras















Bila membaca akhbar Harian Metro pada 4 Mei lalu saya terpandang satu berita kecil mengenai sebuah Hotel bertaraf 5 bintang di Mesir yang dimiliki seorang pelabur dari Arab Saudi. Menurut Akhbar tersebut Sheikh Abdel Aziz pemilik Grand Hyatt telah mengarahkan semua simpanan arak dimusnahkan serta melarang penjualan minuman keras tersebut serta merta.


Ekoran tindakan dan arahan itu telah menyebabkan hotel tersebut berkemungkinan dilucut taraf tiga bintang kerana tidak daripada menyajikan arak atau minuman keras. Ini kerana peraturan di Mesir menghendaki hotel bertaraf 3,4 dan 5 bintang menyajikan arak.

Saya tidak mengerti apakah maksud rating 3, 4,5 bintang mesti menyediakan arak, siapa yang menetapkan rating tersebut, tentu lucu bukan. Di sebuah negara yang letaknya universiti Al-Azhar iaitu universiti ulung dunia islam masih lagi terjajah minda masyarakatnya. Dengan memiliki lebih 85 peratus masyarakat islam dari hampir 80 juta rakyatnya Mesir tak ubah macam negara barat lain.

Apa ertinya Mesir berbangga dengan sejarah dunia islamnya jika amalan orang islam pun tak di amalkan. Sejarah hanya tinggal sejarah dan umat islam hanya memerhati sahaja negara islam dipengaruhi oleh agen jahat Yahudi dan Kristian.
Kalau kita menyorot perkembangan politik Mesir, banyak dasar yang bukan pro islam berlaku kerana Israel bijak memainkan peranan dalam politik Mesir sesudah perjanjian Kem David, kita dapati Mesir banyak mengalah dan mengikut dalam banyak perkara, walhal Israel hanya mempunyai penduduk tidak sampai 5 juta. Sampai hari ini pun kita melihat presidennya iaitu Hosni Mubarak masih menjadi talibarut Amerika dan israel dan menindas gerakan islam seperti Ikhwan Muslimin.

Macam manalah agaknya kalau suatu hari nanti Malaysia pun mengiktiraf Israel kerana sudah ada bunga-bunga kecil yang timbul hasil kebijaksanaan agenda yahudi, umpamanya rancangan membawa masuk pasukan Chelsea ke Malaysia sedangkan jelas jurulatih dan seorang pemainnya adalah warga Israel.

Kalau di Malaysia saya tidak pasti rating sesuatu hotel ditentukan kerana minuman keras, saya rasa ada perkiraan lain kerana hotel di Kelantan yang bertaraf 3 bintang ke atas semuanya tidak menyediakan minuman keras. Cuma yang menjadi isu di kebanyakkan hotel di Malaysia ialah daripada segi pemakaian tudung yang tidak dibenarkan pemakaiannya sekiranya bertugas di kaunter hadapan atau melibatkan pelanggan.








0 ulasan: