Bagaimana agaknya kita nak memahami budaya masyarakat orang lain? itu soalan yang ditanya pada saya oleh rakan. Saya memberitahu jika ingin memahami budaya orang lain kita hendaklah mengalami sendiri dan masuk dalam kelompok masyarakat tersebut, ia lebih berkesan berbanding hanya membaca buku mengenai masyarakat tersebut dan memerhati dari luar.
Sebagai contohnya saya sering ditanya rakan kenapa saya suka menaiki keretapi walaupun keretapi bergerak lambat, saya memberitahu dengan menaiki keretapi kita akan dapat menyelami pelbagai adat, budaya sesuatu tempat yang belum pernah kita temui, dan perkara itu berlaku dihadapan mata kita sendiri. Jika kita menaiki Kapal Terbang benda ini kita tidak akan jumpa sama sekali.
Sebagai contohnya sekiranya kita menaiki keretapi Mel dari Gemas ke Tumpat kita akan dapat belajar bagaimana masyarakat di pedalaman menjalani hidup mereka, apa yang dimakan, kegiatan ekonomi dan isu semasa yang dibincangkan, ini tentu menarik kerana kita tidak pernah mengalami pengalaman hidup di pedalaman.
Begitu juga kalau kita menaiki keretapi dari Butterworth ke Hadyai kita akan dapat melihat denga lebih dekat perbezaan budaya masyarakat Malaysia dan budaya Masyarakat Selatan Thailand, perkara ini berlaku dihadapan mata sendiri, cuba kita bayangkan.
Kebanyakkan di kalangan kita bila bercuti kita akan menginap di Hotel samaada hotel tersebut bertaraf mewah atau sederhana tak kisahlah. Ini menyebabkan kita hanya mengenali tempat yang kita kunjungi hanya melalui pemerhatian sahaja ataupun tidak menyeluruh kerana kita tidak merasai berada di dalam kelompok masyarakat.
Jesteru itu, apabila saya ingin bercuti saya lebih suka menghubungi rakan atau kenalan terlebih dahulu yang tinggal di tempat yang dikunjungi supaya saya dapat masuk dalam komuniti tersebut. Itu lebih menyeronokkan berbanding hanya memerhatikan dari luar.
0 ulasan:
Catat Ulasan