B ila saya review kandungan perbahasan ahli Parlimen Dewan Rakyat pada minggu yang lepas, hati terkedu bila MP Rasah yang mewakili DAP menyarankan agar kerajaan menghapuskan Program Latihan Khidmat Negara atau PLKN. Diri ini tidak tahu mengapa ahli politik yang mewakili orang cina itu begitu menentang program yang bertujuan memupuk semangat patriotisme dan memupuk perpaduan tersebut. Kalau benar program tu bermasalah takkan semuanya hendak dihapuskan, janganlah bersikap marahkan nyamuk kelambu dibakar.
Program Khidmat Negara ini sebenarnya terhasil daripada Kongres Patriotisme Negara yang diadakan di Pusat Latihan ESSET Bangi, dalam kongres tersebut ahlinya terdiri daripada pelbagai pihak samada MP kerajaan, MP pembangkang,YB Senator, Pegawai Kanan kerajaan, Tokoh korporat swasta, wakil NGO dan pertubuhan serta wakil MPP seluruh negara.
Sewaktu sesi terakhirnya bersama Perdana Menteri ketika itu iaitu Tun Dr. Mahathir, Tan Sri Lee Lam Thye telah mencadangkan program seperti khidmat negara untuk dilaksanakan demi perpaduan negara.Ia mendapat respon yang baik daripada Perdana Menteri kerana dicadangkan oleh orang cina yang sememangnya terkenal dengan sikap tidak berminat memasuki bidang keselamatan seperti polis dan tentera kerana sibuk mencari kekayaan di bumi Tanah Melayu ini.
Saya tidak kisah jika YB Rasah tersebut ingin membangkang tapi biarlah kena caranya, seharusnya komen diberikan untuk membaiki kelemahan. Adakah kita sedar masih ramai dikalangan warga Malaysia ni tak pandai atau fasih berbahasa Melayu.Saya tak kisah jika yang tak pandai bercakap tu generasi tua, tapi generasi selepas merdeka pun masih terkial-kial, kenapa jadi begitu sebab sekolah rendah dihantar ke sekolah SRJK (Cina) atau SRJK (Tamil) bila masuk sekolah menengah pun masuk sekolah yang beraliran vernakular juga.

Golongan ini selain tidak reti bercakap bahasa kebangsaan mereka juga tidak faham adat dan budaya orang lain, dengan kata lain mereka hanya hidup dalam kelompok mereka sendiri. Sebab itu orang bukan islam takut sangat dengan Islam, sebab tiada pendedahan dan orang Melayu pun bukan main anti cina sebab tak pernah bergaul.
Apa rasional MP Rasah beria-ia menyuruh kerajaan menghapuskan program ni? mungkin nak raih sokongan daripada masyarakat cina sebab MCA tak berani nak menentang. Adakah orang cina ingin hidup untuk mengaut keuntungan ekonomi sahaja di bumi Tanah Melayu ni? itu yang menjadi persoalan dihati saya.
Sesungguhnya impak program ni bukanlah boleh dilihat dalam tempoh sekelip mata, tetapi ia akan memakan masa yang panjang, kerana ia melibatkan faktor sikap, atitud dan penerimaan manusia itu sendiri. Kalau orang tu nak mati dimana-mana pun boleh mati walau hantar kat tempat yang paling selamat, tak semestinya masuk PLKN maut akan menunggu.
Kalau nak dikaitkan dengan faedah kepada yang masuk program tu, agak susah sebenarnya kalau nak dilihat dalam sekelip mata kerana ia bukan proses membina bangunan, kerana ia proses membina manusia. Cuba bayangkan 300 hingga 500 peserta dihimpunkan serentak dengan berlainan agama, budaya,negeri, bahasa, status dan daripada golongan pelajar pandai hinggalah kepada pelajar tercicir, senang ke nak pastikan seratus peratus jadi orang baik memandangkan tempoh latihan hanya 3 bulan.
Ingat PLKN bukan sekolah atau universiti, namanya pun pusat latihan dan ada matlamat tersendiri kalau pergi universiti pun ada juga yang bersifat jahat dan kejam, kenapa PLKN nak disalahkan seratus peratus kalau berlaku sesuatu.
2 ulasan:
macamana nak hapuskan PKLN...pemimpin Amno seronok tengok ada aktiviti melibatkan betina n jantan...apatah lagi masa aktiviti panjat tembok, boleh tolong sorongkan ponggong bebudak pompuan tuh!!!
Heeee...org tak nak Islam nak buat macamana!>>>>>>yb
kenapa kita perlu musnahkan kelambu jika marahkan nyamuk, program tu boleh diubahsuai jika tak bagus, saya tak faham maksud saudara,
Catat Ulasan