Umno nampaknya dah tak reti jaga diri sendiri agaknya, bila pelbagai perkara berlaku melibatkan parti tersebut dan yang tengah hot dan panas sendiri ialah pengumuman keluar Tun Dr. Mahathir daripada menjadi ahli UMNO. Sebenarnya Umno perlu banyak bermuhasabah mengapa mereka mengalami nasib demikian daripada semua aspek.
Seperti yang diketahui UMNO terlalu bangga dengan bangunan UMNO dan PWTC , tetapi sedar atau tidak Dewan Merdeka yang menjadi tempat berlansungnya persidangan UMNO saban tahun, tempat ujian tilawah Al-Quran dan persembahan pelbagai hiburan juga digunakan oleh pelbagai pihak untuk dijadikan pelbagai kegiatan samaada makan malam atau seminar.
Jika parti PAS begitu menjaga Markasnya di Taman Melewar dan juga PUTIK di Kelantan dengan hanya membenarkan aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada ahli dan umat islam.Tetapi UMNO gagal mengawal pusat yang dimiliki mereka.
Saya masih ingat sewaktu belajar dahulu jika ada masa lapang saya akan membuat kerja part time, maklum la nak cari duit tambahan, duit pinjaman dahulu bukan sebanyak pelajar di IPT sekarang. Adakalanya saya akan bekerja sebagai pelayan bankuet di hotel sekitar Kuala Lumpur atau pun di bahagian bankuet PWTC.
Sebelum memilih untuk bekerja saya akan pastikan majlis yang akan berlansung tidak melibatkan minuman keras, maklumlah majlis kat hotel ni pelbagai majlis ada. Oleh sebab itu saya lebih suka bertugas di bahagian bankuet PWTC kerana syarikat yang menguruskannya adalah Melayu. Namun pada satu majlis saya sungguh terkejut apabila minuman keras dihidangkan dengan sewenang-wenangnya di Dewan Merdeka tersebut, siap dengan kaunternya sekali.
Walaupun majlis yang dianjurkan oleh sebuah kelab kebajikan tersebut dihadiri majoritinya oleh bukan islam, namun majoriti pekerjanya adalah semua melayu yang beragama islam, dan diadakan ditempat orang-orang Melayu berbincang dan berdiskusi mengenai halatuju parti. Termenung saya seketika pada waktu itu.
Kalau tempat itu hotel lain cerita sebab mereka mungkin lebih mementingkan keuntungan. Tetapi tempat tu Tuannya adalah Melayu yang beragama islam, haruskah kita berkompromi dalam soal HALAL DAN HARAM dalam mencari rezeki pendapatan.
Saya tak tahu sama pengurusan sekarang yang berada dibawah Dr. Fazlie masih mengamalkan polisi seperti dulu.
0 ulasan:
Catat Ulasan