Isnin, Mei 19, 2008

komputer lagi


Sudah hampir seminggu komputer saya mengalami masalah, janji tuan punya tempat baiki komputer ni hanya seminggu boleh siap, tapi ini dah lebih seminggu. Akhirnya saya ambik balik komputer saya untuk dihantar ke tempat lain.
Saya kadang-kadang begitu kecewa dengan orang yang berniaga macam ni, bila nak benda semua ok bila dah dapat tak semua dibuatnya. Kalau dia tidak dapat membaiki komputer seperti yang ditetapkan kenapa dia hendak menerima, sepatutnya dari awal lagi dia menolak dan memaklumkan kepada saya. Bila saya berfikir ke pandangan yang lebih luas ramai dikalangan peniaga atau usahawan Melayu bersikap demikian.
Contohnya urusan tender dan kontrak yang diberikan kepada kontraktor Melayu, sesetengahnya diserahkan kepada yang bukan Melayu untuk dapat untung atas angin. Saya sendiri pernah melaluinya, dengan niat hendak membantu usahawan Melayu yang menjadi kontraktor kelas F, saya ada memberikan sedikit kerja membaiki prasarana di tempat kerja. Namun apa yang berlaku selepas itu ialah orang yang datang bekerja semuanya bukan Melayu malah tuan yang empunya mendapat tender hanya datang pada hari pertama sahaja. Jadi timbul persoalan di dalam hati saya, apa gunanya DEB dilaksanakan jika usahawan Melayu yang wujud pun bukan USAHAWAN TULEN sebaliknya menjadi usahawan ALIBABA.
Kalau begini mentaliti orang Melayu sampai bila pun tidak maju, teknologi dan kepakaran tidak ingin dipelajari sebaliknya hanya nak keuntungan sahaja. Wawasan 2020 hanya tinggal IMPIAN kerana rata-rata warganya belum bersedia.

0 ulasan: