"Kepada semua penumpang, pesawat ini telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Sibu........." itulah antara kata-kata pramugari dalam kapal terbang tersebut. Sebaik melangkah ke lapangan terbang Sibu aku dan dua orang rakan terus menuju ke pintu keluar untuk bertemu dengan rakan aku yang sudah setia menanti disana.
"Welcome to Sibu, kata Azman kepada aku. "Kita nak kemana ni" tanya aku pada Azman."baik kita terus pergi ke Mukah sebab perjalanan dari sini ke mukah dua ke tiga jam juga, kita singgah kat bandar Sibu kemudianlah" sahut Azman kepada kami. Disebabkan perjalanan ke Mukah jauh kami mengambil keputusan menggunakan dua buah kenderaan untuk keselesaan.
Dalam perjalanan ke Mukah aku sempat berbual banyak perkara kepada pemandu yang diupah Azman untuk membawa aku dan rakan aku.Di pertengahan jalan kami berhenti kerana ingin membeli buah yang dijual di tepi jalan dan berehat dikedai makan berhampiran.
Disitu sempat bertemu seorang berketurunan Iban datang bertanya kepada aku, "Encik ni baru sampai sini ke" soal orang tua tersebut kepada aku, aku menganguk tanda bersetuju soalan pakcik tu. "Encik ni dari Malaysia kan tinggal di sebelah mana" tanya lagi orang tua tu mungkin umurnya dah mencapai 50 tahun ke atas agaknya. Bila soalan itu yang ditanya lidah ku menjadi kelu tak terkata...dalam diri aku berfikiran rasanya aku ni masih berada di Malaysia kenapa orang tua tu tanya aku camtu, "dia dari kuala lumpur pakcik" sahut Azman dalam loghat Sarawak yang aku tak faham.Selepas selesai makan kami bertolak kembali menuju ke Mukah.
Rabu, Mei 28, 2008
Awak orang Malaysia
Apabila sampai di Mukah aku terperasan dulu kalau nak sampai bandar kecil Mukah ni kena naik feri sekarang tidak lagi. Sampai di Mukah aku masih ingat lagi peristiwa tadi adakah memang masih wujud lagi perasaan anti semenanjung di kalangan penduduk di Sabah dan Sarawak? kalaulah benar begitu kemana duit yang diperuntukkan kerajaan untuk mendekatkan hubungan antara penduduk semenanjung dengan penduduk di Sabah dan Sarawak. Agaknya iklan yang menunjukkan rakyat Malaysia bersatu hanyalah mainan politik sahaja kerana pada hakikatnya begitu rapuh. BERSAMBUNG
Dicatat oleh TukangKritik di 12:22 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan