Bila berada di Sabah atau pun di Sarawak kadang-kadang saya terfikir hubungan antara kaum disana adalah lebih baik berbanding di semenanjung, ini kerana semangat kenegerian yang yang tinggi telah berjaya mengenepikan prejudis kaum atau agama.
Sama seperti di Mukah ini, bagi orang dari semenanjung tentu akan merasa terkejut dengan suasana perkampungan Melanau di pinggir bandar Mukah ini, ada yang beragama kristian ada yang beragama islam, surau dan rumah ibadat orang Kristian jelas kelihatan di perkampungan ini malah jaraknya pun tidaklah jauh antara satu sama lain, suasana yang biasa di sabah dan jug
a sarawak. Hubungan mereka juga begitu mesra dan rapat suasana ini sebenarnya amat sukar dilihat di kawasan lain di Malaysia khususnya di Lembah Klang sendiri.

Selain kedua negeri ini, suasana ini juga wujud di negeri Kelantan yang juga terkenal dengan semangat kenegerian tak kira dikalangan orang melayu, cina, siam atau india mereka begitu berbangga lahir di negeri tersebut. Apa yang menarik antara ketiga negeri tersebut penduduk mereka suka mengunakan loghat tempatan dalam urusan seharian, sekaligus merapatkan hubungan sesama mereka.
Bila berada di Mukah saya juga berkesempatan melawat bandar Mukah, walaupun bandar ini tidaklah sebesar bandaraya Miri atau Sibu apatah lagi Kuching, namun saya percaya dalam tempoh beberapa tahun akan datang bandar ini akan lebih maju kerana kedudukkannya yang strategik berhampiran laut, selain limpahan pembangunan pelabuhan perikanan tanjung Manis dan pembesaran

0 ulasan:
Catat Ulasan