Tahun 2020 agaknya Bahasa Melayu berada di Muzium agaknya. Itulah situasi yang perlu kita kena akui berdasarkan perkembangan bahasa Melayu sekarang, pencemaran bahasa berlaku dimana-mana.Seolah-olah bahasa melayu dalam keadaan nazak kalau kita dapat lihat sakitnya. Tengoklah rancangan realiti TV seperti Akademi Fantasia dan GangStar bahasa Melayu dimusnahkan oleh orang seni sendiri melalui bahasa kritikan mereka terhadap peserta.
Orang Politik pun sama juga tengoklah bila diwawancara di media suka sangat mengunakan bahasa penjajah, golongan sektor korporat dan keparat tak payah cakap bahasa penjajah ibarat bahasa mereka, manakala bahasa Melayu unpama bahasa kelas bawahan tak layak dituturkan.
Agaknya siapa yang menggunakan bahasa Melayu di pasar pun orang kita menggunakan bahasa pasar iaitu campur Melayu + sikit Hokien/Mandarin/Kantonis + sikit Tamil dan sekarang campur Bangla, Indon dan Burma pula.
Cuma ustaz-ustaz yang mengajar kuliah agama sahaja yang menggunakan bahasa Melayu dengan betul, tapi masalahnya tak semua orang Malaysia suka dengar ceramah agama.
Orang bukan Melayu pun sama juga nama sahaja tinggal di Malaysia, masih nak daulatkan bahasa ibunda mereka sahaja, pantang disentuh bahasa mereka ada saja yang membela.
Oh bahasa ku, begitula malangnya nasibmu dibakulsampah dibumi sendiri takde siapa yang mengambil tahu nasibmu sekarang. Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka pun lansung tidak dapat menjaga dirimu. Bahasa Melayu hanya siap untuk dikapankan sahaja oleh kita semua.Kesian sungguh aku melihat nasibmu.
Sabtu, Jun 07, 2008
Bahasa Melayu dah masuk ICU
Dicatat oleh TukangKritik di 12:08 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan