Bila saya melihat gambar ini terasa seribu satu keinsafan pada diri. Hamba Allah ini amat bertuah kerana meninggal dunia ketika dirinya sedang menyerahkan diri kepada Allah subhanahuwataala.
Bagaimana dengan diri kita adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian, kita tidak dapat lari dengan kematian kerana itu telah dijanjikan oleh Allah. Adakah amalan kita sebelum ini sudah cukup untuk dijadikan sebagai bekalan kepada kita, bagaimana pula dengan dosa kita.
Namun kita cukup bertuah keranah Allah sentiasa sentiasa mengampunkan dosa kita sekiranya kita insaf dan ingin bertaubat.
Firman Allah: (katakanlah:"Hai hamba-hamba ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang maha Pengampun lagi Maha Penyayang.")
(QS. Az Zumar:53)
Kita juga percaya kita tidak dapat mengagak bila tarikh kita akan mati kerana ia bukan urusan kita tetapi ia ditentukan oleh pencipta Yang Maha Esa. Tetapi masih ada lagi di kalangan orang Melayu yang beranggapan mati itu akan datang bila umur dah tua, lantaran itu di waktu muda mereka akan melakukan pelbagai maksiat. Bila di ajak ke masjid atau program agama sesetengah golongan ini akan berkata tunggulah bila sudah tua. Akhirnya masjid dan surau hanya dikunjungi oleh orang separuh umur dan berumur. Manakala orang muda berada di pusat hiburan atau konsert keramaian. Situasi ini amat menghairankan kita kerana mereka ini namanya adalah orang islam tetapi perangainya tidak mencerminkan akhlak orang islam.
Saya membincangkan isu ini kerana ada perkaitan dengan diri, saya sendiri tak pernah mejangka bahawa akan turut ditimpa musibah. Ini kerana semenjak zaman universiti hinggalah menongkah ke alam perkerjaan saya begitu berminat dengan aktivit panjat bukit, daki gunung, berehat di pulau, berkenu di pantai dan berakit di sungai. Walaupun tinggal di Kuala Lumpur namun saya tiada masa untuk menonton konsert atau menghabiskan masa di kompleks membeli belah. Adakalanya saya pergi ke hospital hanya untuk melawat teman.
Sesuai dengan pekerjaan saya yang memerlukan bergerak ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak telah menyebabkan saya semakin berminat untuk melihat alam ciptaan Allah yang Maha Kuasa. Dalam tempoh dua tahun bekerja alhamdulillah saya telah menjejaki keseluruh tempat yang diimpikan sabelum ini serta berkenalan dengan pelbagai jenis orang samaada orang bajau laut, orang Penan, orang asli dan memahami sedikit sebanyak budaya mereka.
Namun begitu, itu tidak bermakna saya tidak ditimpa musibah hingga hampir membawa kematian. Begitu juga pesakit di hospital majoriti mereka sebelum ini adalah orang sihat yang terdiri daripada pelbagai kelompok manusia.
Sebagai umat yang dicipta Allah kita seharusnya sentiasa bersedia menghadapi segala ketentuan Allah kerana kita adalah hambanya. Selagi kita diberi ruang untuk bernafas kita harus berusaha sekuat mungkin untuk mencari nikmat yang diberikan Allah di muka bumi ini, sebagai umat islam juga kita harus sentiasa bersedia untuk menghadapi kematian, janganlah mengangap mati itu hanyalah untuk orang yang sudah berumur senja.
0 ulasan:
Catat Ulasan