Jumaat, April 25, 2008

Eh! Eh! Tengok Cerita Ni.



Bila ada kelapangan saya suka membaca kritikan dan komen daripada sebuah laman web terhadap filem terbitan Hollywood dan Hong Kong. Maklumlah nak cari cerita best yang boleh ditonton tetapi terjumpa pula benda ni.
Sape yang tak kenal dengan pelakon ni hebat dengan kisah lanunnya, tapi cuba tengok kat kepala dia tu. Kenapa la agaknya dia pakai topi cap Adidas sedangkan cerita tu pun zaman dahulu kala. Cerita terbitan Hollywood tapi masih lagi kantoi. he he....

















Gambar ni juga tak kurang kelakarnya, ahli kungfu ni pulak pakai jam tangan macamana tu?









Apabila saya melihat gambar ini saya tersenyum sendirian, tak sangka sehebat filem Hongkong ada juga yang kantoi. Cuba tengok bulatan merah ada telefon bimbit yang tertinggal mungkin milik pelakon filem cerita ni kot, kalau cerita moden tak pelik tapi ini ialah cerita kungfu zaman maharaja China.

Harap-harap lepas ni kita janganlah terlalu obses sangat dengan dunia barat atau negara lain, seharusnya kita kena yakin dengan kemampuan dan sahsiah kita sendiri. Tetapi yang peliknya orang seni dan artis kat Malaysia ni masih lagi berkiblatkan negara barat dan Hong Kong dalam merancang sesuatu filem atau industri seni. Mereka memandang rendah khalayak penonton tempatan, bila mereka buat filem atau konsert semua ikut negara barat. Tak ramai yang menjadikan Iran sebagai rujukan dalam penghasilan filem, walhal kejayaan Iran dah tersebar di merata dunia. Apa nak jadi industri seni Malaysia ye? Masih terjajah lagi rasanya.

0 ulasan: