Semalam berkesempatan pergi bercuti bersama keluarga dan ada gambar yang saya ingin saya paparkan dalam laman ini untuk tatapan bersama. Tetapi memandangkan komputer saya diserang virus, tak dapat saya nak meneruskan niat saya. Selain masalah komputer telefon saya juga turut mengalami masalah, tak tahu kenapa dalam tempoh seminggu ni semua peralatan telekomunikasi saya mengalami masalah hingga menggangu kehidupan.
Dalam minggu ni saya ada membaca hasil tulisan oleh penulis novel terkenal Azizi Abdullah mengenai peristiwa berdarah Pasir Salak, saya ingatkan nak ambil sedikit tulisan tersebut untuk disiarkan disini tetapi komputer saya meragam. Sekali lagi terpaksa menunda hasrat hati. Saya amat tertarik dengan isi kandungan tulisan tersebut yang menceritakan perihal kisah JWW Birch dan kisah bagaimana bermulanya pemberontakan Datuk Maharaja Lela. Insyaalah sekiranya masalah komputer saya dah selesai saya akan muatkan.
Ada kawan yang meminta saya menceritakan saat menghadapi kematian. Saya beritahu macam mana saya nak cerita sebab saya tidak pernah mengalami, hanya orang yang berdepan saat kematiaan sahaja yang tahu bagaimana keadaan sewaktu nak mati.
Memang sebelum ini saya pernah ditimpa musibah hingga boleh membawa kematian. Namun Alhamdulillah umur saya masih lagi panjang mungkin Allah nak beri peluang kepada saya untuk beribadat dengan lebih banyak kepadanya. Sebagai hamba kepada penciptanya saya percaya tentu ada sebabnya saya dipilih dan diuji sebegitu rupa oleh Allah Taala.
Saya berpandangan walaupun adakalanya kita mengangap kita dah berkelakuan baik, tetapi sebenarnya ia hanyalah dipandangan mata kita dan masih banyak malah masih belum cukup sekiranya kita ingin memasuki syurga seperti yang telah ditetapkan ALLAH di akhirat nanti.
Adakalanya saya terfikir ada untungnya diri ini terkena musibah kerana dapat mendekatkan lagi diri kita dengan penciptanya. Sewaktu di hospital saya terkedu melihat pelbagai jenis orang yang ditimpa musibah dari pelajar sekolah, penuntut universiti hinggalah tahfiz dan imam. Orang yang dekat dengan masjid pun kena musibah apatah lagi dengan diri yang kadang-kadang sahaja ke masjid, terfikir dalam diri kemana agaknya akan destinasi yang dituju sekirannya mati, ke syurga ke atau neraka.
Sesungguhnya Allah tidak akan bertindak zalim kepada hambanya malah Allah sentiasa menyayangi dan menjaga hambanya.
Sewaktu berada di hospital ada perkara yang saya nak perkatakan. Kewujudan pendakwah agama lain untuk memberi bantuan dan menukar akidah pesakit memang berlaku. Selama ini saya sendiri agak meragui perkara ini. Tetapi apa yang berlaku adalah di depan mata. Saya dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana hebatnya gerakan dakwah yang dijalankan hingga kakitangan hospital, penjaga pesakit malah pesakit tidak mengetahui. Sebenarnya saya takut untuk membicarakan perkara ini kerana takut dituduh mengada-adakan cerita. Namun hanya Allah sahaja yang tahu betapa gusarnya perasaan saya hingga ke detik ini.
Saya juga merasa sayu bila teringatkan seorang tua yang sudah nazak menunggu saat kematian, mungkin sedang menanti bacaan Al-Quran untuk didengari dari mulut anaknya namun hampa apabila anaknya mengatakan kepada saya beliau tidak dapat membaca Al-Quran. Anaknya meminta bantuan saya untuk membacakan surah yasin kepada orang tuanya. Dengan sedikit ilmu yang ada saya membaca surah Yasin tersebut dan apa yang mengharukan apabila melihat airmata menitis daripada pipi orang tua tersebut.
Manusia merancang Allah menentukan tidak berapa lama kemudian orang tua itu meningal. Saya sedikitpun tidak salahkan anak kepada orang tua itu kerana saya faham dia sebenarnya sudah banyak berkorban dengan menjaga orang tuanya hingga saat kematian sedangkan anaknya yang lain amat sukar dilihat.
Saya tak tahu apa pandangan rakan-rakan mengenai perkara ini. Siapa agaknya yang harus dipersalahkan?
2 ulasan:
mat boleh crita tak pasal gerakan kristian kat spital tu? sue
a'aah ler mat..ksue tertarik gek ngan citer dakwah tuk meroasakkan akidah tu coz as per mak mertua mck ksue punya experience diorg ni sanggup berhabisan tuk memesongkan akidah pok2 kiter...
Catat Ulasan