Jumaat, April 18, 2008

MR. Wong



Maaf agak lama juga saya tak update laman ini. Saya meminta maaf kepada rakan-rakan yang meminta saya menceritakan bagaimana kisah murtad boleh berlaku di Hospital. Saya hanya boleh menceritakan bagaimana gerakan dakwah oleh pendakwah agama lain berlaku.
Semalam saya menerima penggilan daripada seorang kawan baru saya berbangsa cina beliau mengajak saya menemaninya minum. Seperti biasa tempat paling baik ialah restoran Bistro di Pandan Mewah menjadi tempat perjumpaan. Sampai di sana saya lihat ada beberapa remaja sedang berada di restoran tersebut sambil menggunakan laptop. Dalam hati saya berfikir mereka mungkin tengah update blog agaknya.
Selang lima minit berada disitu rakan baru saya pun sampai. Biarlah saya kenalkan sebagai Mr. Wong, umurnya sekitar 40-an. Saya berkenalan dengan beliau sewaktu berada di Hospital. Saya pun tak tahu kenapa boleh berkawan dengan dia dan dia pun berfikiran sama. Dari segi kerjaya beliau merupakan seorang yang hebat kerana bekerja di sektor perbankan. Pernah berurusan dengan istana berkaitan harta yang dimiliki sultan. Tak perlulah saya nyatakan dengan sultan mana dia pernah berurusan. Hobinya bermain golf dan dia telah bermain di hampir kesemua padang golf yang ada di Malaysia. Mungkin minatnya yang suka mengembara membuatkan kami ada persamaan.
Saya banyak mengetahui gerakan agama kristian sebenarnya adalah dari Mr. Wong. Sewaktu di hospital dia yang menceritakan kepada saya peranan golongan sukarelawan kristian yang bertugas membantu pesakit. Mula-mulanya saya tidak percaya tetapi bila di amati memang betul kata-kata Mr. Wong.
Ia bermula apabila ada dikalangan pengikut mereka yang sakit. Pihak gereja akan menghantar sukarelawan mereka untuk menjaga kebajikan pengikut mereka. Sukarelawan ini tidak akan mengatakan mereka ialah sukarelawan tetapi hanya saudara mara kepada pesakit tersebut. Sepanjang sukarelawan berada di wad tersebut dia akan membantu bukan hanya pesakit yang telah diamanah kepadanya malah juga kepada pesakit lain. Lebih-lebih lagi kepada pesakit yang tiada saudara mara bukan sahaja bantuan menjaga malah dari segi kewangan.
Sekiranya selepas keluar hospital seseorang pesakit ini tempat dituju sukarelawan ini akan menolong pesakit tersebut untuk urusan penginapan dan bayaran elaun.

'Hai, how are you?' sapa Mr. Wong.
Saya cakap ok, saya tanya beliau ada cerita baik ke mahu jumpa saya. Mr. Wong memberitahu beliau nak jumpa kerana kami berdua sudah lama tak berborak, dan dia bosan dok rumah sebab isteri dia pergi Hong Kong.
Saya tanya kenapa tak pergi sama. Dia cakap isterinya pergi shoping dengan kawan perempuan dan dia tak minat kalau shoping.
''Mr. Wong apa pendapat you tentang election lepas" tanya saya kepada Mr. Wong.
"Saya susah cakap la, orang cina banyak tak puas hati pada Goverment" kata Mr. Wong.
"Kenapa tak puas hati sedangkan orang cina yang pegang ekonomi Malaysia, apa orang cina nak lagi ya?" soal saya.
"You tau tak orang cina rasa Umno dan BN tak adil pada masyarakat cina mereka dah tipu orang cina MCA pun sama. Kami bayar cukai tetapi kami dinafikan dalam banyak perkara, orang UMNO semua dapat. You tau tak sekarang orang cina lebih percayakan orang PAS berbanding UMNO." keluh Mr. Wong kepada saya.
Saya sebenarnya tak tahu apa pendirian sebenar politik dia, tetapi pembaca laman tentu boleh mengagaknya kerana dia juga tinggal di sebuah taman perumahan berhampiran Plaza Pioneix, Cheras. Ternyata jangkaan saya betul kerana dia memberitahu dia mengundi BN pada pilihanraya 2004 tetapi pilihanraya lepas dia serta keluarga dan rakan-rakanya semua mengundi DAP.
Selepas hampir sejam berborak dengan Mr. Wong meliputi pelbagai perkara. Akhirnya beliau meminta mengundur diri, katanya nak ambik isterinya. Sebenarnya banyak benda yang saya nak cerita yang ada kaitan dengan Mr. Wong, insyaalah saya akan selitkan di laman nanti.









0 ulasan: