Selasa, April 08, 2008

SIAPA RUNTUHKAN PEMERINTAHAN ISLAM

A

Tahun 1924 Kamal Ataturk telah menghapuskan lembaga khalifah dan mengasingkan pentadbiran negara dengan urusan agama seterusnya meletakkan sekular sebagai ideologi negara Turki. Pada masa itu hampir keseluruhan dunia islam berada dalam tangan penjajah termasuk Malaysia yang pada masa itu dikenali sebagai Tanah Melayu dan satu-satunya benteng pertahanan umat islam adalah pemerintahan Khalifah Utmaniah di Turki juga telah dibubarkan oleh bapa moden Turki itu.

Menjadi persoalan kepada kita kenapa kerajaan yang besar pun boleh runtuh. Menurut Ali Abdul Raziq seorang tokoh di Universiti al-Azhar menyatakan pemerintahan di zaman Dinasti Umaiyah, Abbasiyah dan Utmaniah telah mengamalkan dasar pemerintahan depotisme yang sememangnya bercanggah dengan nilai dan dasar islam.

Selepas keruntuhan kerajaan yang berasaskan khalifah, wilayah kekuasaan yang dimiliki telah dipecahkan oleh pihak eropah dan menjadikan dunia arab - islam berbecah belah sampai ke hari ini.

Kita seringkali diberitahu tentang kehebatan pemerintahan islam di Andalusia, pemerintahan Bani Abbasiyah di Iraq, Kerajaan Islam Monggol di India dan sebagainya. Namun kita amat jarang meneliti kenapa empayar islam yang hebat ini jatuh tersungkur hingga sukar bangkit. Lihatlah di Sepanyol hendak mencari orang islam pun sukar selepas empayar islam di Cordova jatuh ketangan orang kristian.

Orang islam juga pernah menjadi pemimpin di India seperti Shah Jahan dan Akhbar Khan. Tetapi dimana kedudukan islam di India pada hari ini, hanya masjid dan bangunan yang boleh dijadikan bukti bahawa islam pernah memerintah, samalah dengan Cordova hanya binaan yang tinggal dan menjadi bukti.

Adakah suatu hari nanti kita di Malaysia akan mengalami nasib yang sama. Orang datang ke Malaysia hanya nak melihat kesan peninggalan pemerintahan islam, mungkin ini akan berlaku ke atas negara kita dan ia tidak mustahil.

Sejarah juga menceritakan tentang kehebatan Pahlawan Islam iaitu Sallahudin Al Ayubi yang berjaya menawan kota Baitulmuqadis tempat suci umat Islam. Kenapa kita tidak berfikir dari mana datangnya asal usul panglima Islam ini yang mempunyai kepintaran sehingga dapat menjatuhkan lawannya yang lebih hebat. Supaya orang islam hari ini juga dapat melahirkan orang yang sehebat pahlawan islam itu.

Kalau kita baca dalam buku sejarah ada menyatakan Sallahudin ini merupakan pemuda berbangsa kurdis, tetapi apa yang berlaku kepada orang kurdis pada hari ini.

Kenapa agaknya negara Turki, Iraq, Syiria ataupun Iran menghalang penglibatan orang kurdis dalam politik dan pentadbiran adakah mereka takut dengan bayangan Sallahudin Al Ayubi.

Kita juga menyedari imam Bukhari berasal dari Asia tengah yang merangkumi negara bekas kesatuan soviet seperti Uzbekiztan, Kazakhtan dan Turkmenistan. Kenapa orang Islam disana lambat diberi bantuan sehingga mereka terpaksa bergantung kepada yang bukan islam untuk menjana ekonomi. Adakah orang islam di dunia Arab takut muncul lagi imam sehebat Imam Bukhari.

0 ulasan: