Akibat di buai oleh kekayaan dan duit adakalanya kita akan lalai dan terleka. Saya sebenarnya terpaksa berfikir beberapa kali sebelum memuatkan kisah ini. Semoga dapat dijadikan pengajaran kepada kita.
Selepas solat isyak di sebuah masjid di pinggir Kuala Lumpur saya dan makmum lain menuju ke arah pintu keluar, di bahagian belakang masjid saya lihat seorang lelaki yang berumur lebih kurang 25-30 tahun sedang duduk bersendirian. Saya menyapa lelaki tersebut sambil memberikan salam tanda perkenalan dan dia memperkenalkan diri sebagai Lan (bukan nama sebenar).
Pada mulanya kami berbincang mengenai pekerjaan maklumlah manalah tahu boleh cari rakan bisnes. Tetapi yang mengejutkan saya Lan mengatakan disebabkan bisnes dia hidup tak bermakna lagi. Dalam hati saya dapat mengagak ada cerita istimewa kenapa dia berkata begitu.
Kenapa sewaktu semua orang sibuk memulakan bisnes dan mencari duit Lan mencemuh membincangkan isu tersebut.
Lantas saya mengajak Lan untuk minum di kedai makan berhampiran sambil bercerita kisah sebenarnya, niat hati untuk membantu sekadar yang mampu. Lan memberitahu kepada saya bahawa dia berasal dari utara semenanjung iaitu negeri jelapang padi. Disebabkan ibu-bapanya telah bercerai dia tinggal dengan atuknya. Walaupun mempunyai keputusan SPM yang baik agak sukar untuk dia menyambung pengajian kerana kesempitan hidup.
Lantaran itu dia nekad berhijrah ke Kuala Lumpur dan semasa berada di ibu kota kerja pertamanya adalah menjadi salesman ataupun jurujual, produk yang dia perlu jual adalah kepala penyambung gas memasak. saya percaya tentu kita ada dihampiri oleh jurujual yang menjual produk ini sampai sekarang.
Pada peringkat permulaan Lan memberitahu agak susah menjadi salesman kerana seringkali diherdik, dihalau, dimarahi dan dibaling dengan penyapu. Namun Lan memberitahu dia tabah kerana sudah nekad untuk menjual seberapa yang banyak kerana komisennya tinggi.
Hari demi hari Lan memberitahu dia berusaha gigih bekerja supaya memperolehi duit yang banyak. Prestasinya yang bagus telah menyebabkan dia dinaikkan pangkat oleh tempat kerjanya. Sebagai menghargai pekerja, syarikat tersebut telah mengadakan parti keramaian bagi mengucapkan terima ksih kepada salesman mereka yang bertungkus lumus menjual produk mereka.
Lan memberitahu tuan punya syarikat itu adalah orang cina, maka minuman keras telah turut dihidangkan dengan percuma. Pada permulaan Lan menjauhi minuman tersebut, namun lama-kelamaan dia sendiri sudah tidak tahan ingin mencuba kerana rakan-rakanya yang lain turut meminumnya.
Tahun demi tahun sudah hampir 3 tahun Lan bekerja di syarikat tersebut dan pangkatnya pun sudah jauh lebih tinggi. Lantaran kerjanya yang bagus dia telah diberi hadiah bercuti menaiki kapal persiaran mewah antara Singapura, Pelabuhan Klang menuju ke Pulau Langkawi dan Phuket. Saya rasa rakan-rakan tentu dapat mengagak kapal apa yang dinaiki oleh Lan.
Lan memberitahu setelah hidupnya rosak dengan minuman keras, kini hidupnya juga telah tercemar dengan penzinaan. Ia berlaku kerana di atas kapal tersebut terdapat sebegitu ramai teman sosial yang boleh dibawa balik ke bilik. Lan memberitahu dia telah hanyut di atas kapal tersebut dan bermula dari itu dia memberitahu dia sering melayani perempuan tidak kira di Malaysia ataupun di luar negara.
selepas beberapa tahun bekerja dengan syarikat itu Lan mengambil keputusan berhenti kerja dan bekerja di tempat lain. Dan dengan duit yang ada dia telah mengahwini seorang perempuan dan memperolehi seorang anak.
Namun sampai sekarang dia memberitahu isterinya tidak tahu kegiatan dia sebelum perkahwinan dan dia buntu untuk menceritakan perkara ini kepada isterinya. Nasibnya pada tahun ini lebih malang lagi apabila Dr. memberitahu bahawa dirinya tidak akan hidup lama.
Lan menceritakan kepada saya dia telah mengeluarkan kesemua duit simpananya dan dinamakan semula kepada anaknya. Sekarang dia berada dalam kebingungan untuk meneruskan kehidupan.
Setelah dia selesai menceritakan permasalahan dirinya, dia bertanya kepada saya apakah yang patut dia buat selain mendekatkan diri kepada Allah. Saya sebenarnya agak terkejut dengan kisah Lan, agak sukar untuk saya untuk memberikan nasihat yang baik kerana belum pernah berhadapan kes seperti ini. Saya mohon mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan yang mempunyai ilmu yang tinggi untuk membantu kawan saya bernama Lan ini.
1 ulasan:
Memandangkan Lan telah berkahwin dan mempunyai anak beliau sepatutnya tidak mudah putus asa. Beliau juga kena yakin dengan kuasa Allah dan sebagai hamba Allah beliau sepatutnya bertaubat dengan apa yang telah berlaku dan mesti berubah dari sekarang. Kenapa tidak boleh hidup lama?? adakah beliau mengidap AIDS?? Beliau juga mestilah fikirkan masa depan keluarga beliau. Doktor hanya merancang dan beliau perlu kuat untuk teruskan baki2 kehidupan beliau untuk terus bekerja di jalan Allah demi kepentingan hidup beliau dan keluarga. Tentang kisah silam dia, sekiranya itu lebih memberikan kebaikan kepada kehidupan dia masa kini,better dia rahsiakan daripada isterinya. Nasihatkan dia untuk teruskan kehidupan dan melakukan pekerjaan yang sesuai dengan diri dia kini. Apa yang ksue nampak dia adalah seorg lelaki yang cekal dan sanggup bekerja keras.Jangan jadikan pegalaman lalu sebagai halangan untuk terus berjaya.
Catat Ulasan